Monday, February 22, 2010

Penat Berdiri?

Diambil dan diolah dari buku (Bahtera Penyelamat)

Penat berdiri....

Rasa sudah kering?

Rasa mahu berubah kejalan hidup yang lebih mudah?

Rasa maaaahu melupakan Jalan Ini?

Lupakah kita pada kata Rasulullah?

"Siapa yang bimbang (dan) bergegas pulang, siapa yang bergegas pulang akan sampai ke kediamannya.
Sesungguhnya barangan Allah amat mahal. Barangan Allah ialah syurga"


Kenapa perlu bergegas pulang wahai saudaraKu... .?


Relax dulu...

Jangan takut... saudara tidak akan menjadi miskin di jalan dakwah ini...

Tidakkah saudara rasa malu apabila dihina didalam Al-Quran

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang berjihad dan siapa pula yang bersabar.(PADA HAL!!) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk berjuang (sebelum pertempuran) . Kini setelah terluang kesempatan di hadapan, kamu masih teragak-agak. "
(Surah Ali-'Imran: Ayat 142-143)

Sedarkah saudara bahawa anda telah dikalahkan oleh diri sendiri?

"Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan (risiko) kepapaan.... "
(Surah Al-Baqarah)

Adakah kita masih ragu2?

....Dapatkah anda mendengar pekikan dan jeritan (battle cry) Ikramah bin Abi Jahal bersama-sama 400 orang pejuang Islam didalam peperangan Yarmuk.... Ketika pertempuran semakin sengit Ikramah berkata:Â

"Aku telah berjuang dalam berbagai medan perang bersama Rasulullah dan aku tidak pernah berundur. Tetapi Apakah aku akan berundur hari ini!!!!"

Kemudian beliau berteriak dan berkata:
"Siapa yang mahu berbai'ah untuk berjuang sampai mati????"

Maka bapa saudara Haris bin Hisyam bersama-sama empat ratus orang pejuang Islam yang berjalan kaki dan berkuda ikut membai'ah beliau. Setelah itu mereka pun menyerang dan bertempur sehingga mereka tumpas.

Ini lah seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dan dibenarkan oleh perbuatan para sahabat

" (Jalan) Syurga dihampiri oleh kesulitan/kesusahan , manakala (jalan) Neraka dihampiri oleh (tarikan) nafsu syahwat"


lupakan kepenatan kita dan menjeritlah dengan hati kite

"Siapa yang mahu berbai'ah untuk berjuang sampai mati????"

(adapted form alfatih YG)

~kita hanyalah hamba~

Tuesday, February 9, 2010

Teruskan Berlari

Hamba & khalifah yang diredahai..itulah tujuan kita..biarpun berat bahu memikul, biarpun sejuta ujian melanda, biarpun susah menjadi peneman, namun yakinlah Allah sentiasa di samping.
Dialah penguat jiwa, Dialah sumber kegagahan..

Moga sentiasa bersemangat!!!
Teruskan berlari, tapi jangan pernah melarikan diri...


Salam rindu,
Tim...
Jkt, 080210

~kita hanyalah hamba~