Thursday, January 29, 2009

HAID - KITA TERLEPAS PANDANG???

Kebanyakan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa
perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan
perkara ini…

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam…kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah yang betul-betul pakar
dalam bab `Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk
kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak…(saya rasa ramai
yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat
mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka
mengatakan:
"alaa…itu soalan mudah jee..bila `datang period' maka solat tuu tak
perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami
belajar sejak mula-mula `bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa…Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak
meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah
bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…"

perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan
yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat
dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat
zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya
waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu
rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam
waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi,
langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu
mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk
waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi
hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih
dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib,
maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau
tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering
dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku
secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam
waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan
Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu `Fiqhul Nisa`
ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

~kita hanyalah hamba~

Lima cara redha, tenang terima segala musibah

Lima cara redha, tenang terima segala musibah


SESETENGAH orang tidak dapat menerima penderitaan yang dihadapinya seperti kehilangan orang yang disayangi atau harta benda. Apakah keengganan menerima keadaan perkara yang berlaku bererti menyanggah kekuasaan Allah? Apakah yang perlu dilakukan apabila mengalami sesuatu musibah?

APABILA seseorang menghadapi musibah, dia wajib menerima dengan berlapang dada dan bersabar. Contohnya menghadapi kematian orang yang dikasihi, kemalangan dan sakit. Ini adalah kerana musibah ialah ujian yang meningkatkan iman iaitu jalan untuk menambahkan kebaikan pada diri seseorang mukmin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Dia akan mengujinya dengan ditimpa musibah." (Hadis riwayat Bukhari).

Sabda Baginda SAW dalam hadis lain pula, bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya. " (Hadis riwayat Bukhari, Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a.)

Bagi menghadapi musibah, Islam mengajar umatnya beberapa cara dan adab, antaranya ialah:

1. Bersabar ketika mula ditimpa musibah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya sabar adalah pada kejutan pertama musibah berlaku." (Hadis riwayat Bukhari). Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." (Hadis riwayat Bukhari).

2. Mengucap 'Innalillahi wa inna ilaihi raji'un' iaitu merujuk kembali apa pun musibah yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT. Dari Ummu Salamah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun di antara orang-orang muslim yang ditimpa musibah, lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha." (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: "Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah SAW." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata, "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Maksud surah al-Baqarah, ayat 156)

Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah SAW menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT.

3. Menenangkan lidah dan badan ketika ditimpa sesuatu tetapi menangis diharuskan dan bukan menjadi kesalahan. Umat Islam tidak dibenarkan melampau dalam menzahirkan kesedihan ketika ditimpa sebarang musibah. Dikhuatiri mendatangkan perasaan tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT ataupun musuh bergembira melihat kesedihan kesan musibah yang kita hadapi.

4. Cendekiawan Islam dan orang yang bertakwa berusaha menyembunyikan musibah. Mereka gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima. Gembira dan redha secara syarie bukan secara tabiie kerana tabiat manusia tentu tidak menyukai musibah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Ummu Saib maka bertanya baginda, "Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?" Jawab Ummu Saib, "Demam! Allah Ta'ala tidak memberi berkat dengannya." Sabda Nabi SAW., "Janganlah kamu menyalahkan penyakit kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya dapur tukang besi membersihkan karat-karat besi." (Jabir bin Abdullah)

5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Bersabarlah dan jangan mengeluh

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." (Hadis riwayat al-Hakim)

1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup. Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya, "Sesungguhnya setelah tiap-tiap kesukaran/kesulitan disertai kemudahan." (Surah al-Insyirah, ayat 6)

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Elakkan berkata 'kalau'

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: "Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku." Tetapi katakanlah: "Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki- Nya, sesungguhnya 'kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

Huraian:
  1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
  2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
  3. Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Renung-renungkan dan selamat beramal!

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Anas r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut) dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya.
(Hadis sahih riwayat Muslim)

~kita hanyalah hamba~

Saturday, January 24, 2009

ALLAHU AKBAR!!!

ALLAHU AKBAR!!!

Rasanya inilah saat yang sangat berat dalam hidup ini...kehilangan seseorang yang sangat disayangi...berat hati ini untuk meredhai pemergiannya...seseorang yang sangat memberi makna dalam hidup ini...

Tapi...itulah janji ALLAH...

'' Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "
(Al- Baqarah:216)

Setiap yang diatur MAHA KUASA itu pasti ada hikmahnya...DIA MAHA MENGETAHUI...ana harus sabar..ana harus redha dengan ketentuannya... [ YA ALLAH...AKU MOHON PADAMU...BERIKANLAH KETABAHAN HATI KEPADA HAMBAMU YANG KERDIL INI]...

Mungkin sepanjang keberadaannya disisi ana, ana terlalu bergantung harap padanya...terlalu menyayanginya...dan..setelah kehilangannya...baru ana tersedar dari lamunan... sayang ana...ketergantungan ana padanya terlalu kuat...melebihi sayang dan cinta ana pada RABBUL IZZATI...astaghfirullahal azim...

Dalam sedar tak sedar..ana sebenarnya alpa..dikalahkan oleh nikmat duniawi..terlalu cinta dengan nikmat yang ada di dunia... Tujuan hidup yang sebenar telah dilupakan...Sedarlah wahai sahabat.. Tiada apa yang kekal di dunia yang fana ini...sedarlah kita bahawa dunia ini hanyalah persinggahan...transit...tempat di mana kita menentukan rumah kita di akhirat nanti...syurga atau neraka...

Allah swt berfirman:

" Wahai orang-orang beriman, jangan kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Alah. Barangsiapa berbuat demikian itu. Maka mereka orang yang merugi "

(Munafiqun:9)

Jika kita renung kembali...terlalu banyak amalan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata untuk dunia...kita terlalu sibuk mengejar cita-cita kita... Berusaha yang terbaik...beli buku rujukan yang mahal...sanggup beratur di kedai untuk mendapatkan lecture notes sehari-hari...sanggup bersengkang mata untuk mentelaah pelajaran...lebih-lebih lagi di musim peperiksaan...

Tapi...pernahkah kita terfikir untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat yang baik di Yaumul Hisab nanti? Apakah amalan yang kita lakukan sudah yang terbaik di mata Allah? Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang maksum (bebas dari dosa) pun beribadah dengan bersungguh-sungguh...baginda sentiasa memohon keampunan dari-Nya...sedangkan baginda adalah kekasih Allah!!!

Bagaimana pula dengan kita??? Siapakah kita ini disisi Allah??? Kita hanyalah hamba yang hina...apa yang ada pada kita ini..hanyalah pinjaman dariNYA...semuanya adalah milikNYA...tapi kita masih sombong...kita masih bongkak dengannya...solat kita...adakah benar2x khusyuk??? diri ana sendiri...ana akui...sangat sukar untuk khusyuk dalam solat...suruhannya..larangannya...adakah benar-benar kita patuhi?

Kenapa?Semuanya terjadi kerana kita masih terbuai-buai oleh bisikan syaitan...bisikan nafsu kita sendiri...yang terlalu cintakan dunia...kerana tertipu oleh nikmat yang hanyalah sementara...Oleh itu...kita haruslah berusaha mendidik hati...Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan yang mendekatkan diri kita kepada-NYA...dan syurga-NYA..kerana disitulah kehidupan yang akan kekal abadi buat kita...

~kita hanyalah hamba~