Saturday, February 28, 2009

'AMALina Pilihan



"Dan mereka berteriak ke dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu". (Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berpikir bagi orang yang mau berpikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang-orang zalim tidak ada seorang penolong pun."

(Surah Fatir,35:37)
_____________________________________________________________________

Terbayangkah kita bagaimanakah keadaan kita di akhirat kelak?
Adakah 'AMALina benar-benar cukup walau hanya untuk mengetuk gerbang jannah-Nya?
Jauh sekali untuk menjejakkan sebelah kaki.
Pastikah kita yang 'AMALina diterima Allah?
Bagaimanakah jika 'AMALina ditolak?
Kepada siapakah yang akan kita harapkan selain dari DIA?
Kita hanyalah hamba yang lemah.
Tak memiliki apa-apa.
Tak punya hak, hatta ke atas sehelai rambut pun.
Walaupun rambut itu berada di atas kepala 'kita', sebahagian daripada tubuh 'kita'.
Tubuh 'kita'?
Tubuh 'kita' juga adalah milikNya.
Namun, mengapa masih bongkak?
Mengapa masih memilih-milih untuk melaksanakan perintahNya?
Yang dipilih dilaksanakan.
Yang tidak terpilih ditinggalkan.
Seolah-olah kitalah yang memilikinya.



Pilihlah jalanmu wahai sahabat.
Pilihlah apa yang kau mahu.
Ikutlah kata hatimu.
Namun, pastikan hatimu mengerti.
Yang hatimu bukan milik dirimu.
Yang dirimu bukan milikmu.
Tapi semuanya milikNya.
Allah yang MAHA KUASA!!!

Pastikan hatimu tahu.
Pastikan hatimu mengerti.
'AMAL mana yang harus dilaksanakan.
'AMAL mana yang harus ditinggalkan.
Jangan sampai nanti,
'AMALina menjadikan kita tergolong dalam golongan yang menyesal di hadapanNya.
=).



~kita hanyalah hamba~

Wednesday, February 25, 2009

"..takkan nak bagi C je utk Islam?.."

"Asm...aku nak exam la jumaat ni...tp cam x redy ape2x je...kdg2x rase mcm give up...napela aku wat medic ni...serabut..."

"Re...nape ni?..ko nak aku kol ke?"

"Urm..aku ok Asm..thanx...cume..aku nak mintak ko nasehat ckit...bagila semangat kt aku...rase mcm lost...huhu..."

"Re...ingat balik nape ko berada kat atas jln ni...tny balik hati ko...ckp pelan2x dgn hati ko sendiri...ckp apa yang ko perlu buat sebenarnye..apa tanggungjawab ko...pegang hati ko..."

"Erk..pegang hati?..camane tu..?"

"Isk...letak tgn kt atas thorax...seolah2x ko pgg hati ko tu.."

"hehe...lampi gak aku ni..."

"If aku serabut2x..aku selalu buat macam tu...n doa pd Allah..mintak die lorongkan yang terbaik untuk aku di sisi Islam...InsyaAllah aku dpt ketenangan..=).."

"Uhuh...aku try..doakan aku Asm..."

"Senang camni..ko ingat...x kan kita nak bagi C je untuk Islam??.."

(Ukhwah Medan-Adelaide)


Syukran sahabat...Membuatku tersedar akan tanggungjawabku menaikkan kembali martabat Islam!!! =).

_____________________________________________________________

"...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada suatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...."

(Ar-Ra'd, 13:11)

~kita hanyalah hamba~

Monday, February 23, 2009

"..mudah je la.."

Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:

“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga).


Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.


Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan.


Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?”


Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?


Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.”


Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”


[H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa'i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]


Mudah je kan??? Bila lagi?? Practice makes perfect. =)


~kita hanyalah hamba~

Tuesday, February 17, 2009

ZIKRUL MAUT

"Renungan sebelum lena.. Takutilah akan hari akhirat.. Ramai di antara kita yang leka dan lena dengan kehidupan dunia ini sehinggakan tidak pernah langsung di dalam pemikiran akan Hari Akhirat yang bakal terjadi.. Sekiranya ditanya kepada kebanyakkan Ummah Islam pada hari ini akan kematian terutamanya kepada pemuda dan pemudi.. Semua akan mengelak daripada membincangkannya.. Malah ada yang mempersendakannya.. Mereka menjadikan pembincangan kematian itu sebagai satu perkara yang ganjil untuk dibincangkan.. Sedangkan Rasulallah s.a.w menyebut bahawa mereka yang paling cerdik merupakan mereka yang paling banyak mengingatkan akan kematian.. Fikirkanlah, barapa kerap kita mengingati kematian dalam kehidupan seharian.. Semoga diberkati.. "---forward message---

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_

Jarang sekali ana menghayati pesanan2x yang diforwardkan. Tapi entah bagaimana, Alhamdulillah dengan kuasaNya yang Maha Qadir, hati ini telah tergerak untuk membaca dan menghayati message yang baru saja diforwardkan oleh seorang sahabat.

'TAKUTNYA...'

Semua orang amat takut dan tidak suka berbicara soal kematian. Mengingati mati saja sudah menggerunkan. Ana sendiri merasakan perkara yang sama . Namun, apakah cukup dengan hanya berasa gerun dan takut sahaja? Pernahkah kita berusaha untuk melakukan persiapan dan persediaan yang terbaik untuk menghadapi kematian kelak? Kadang-kadang persiapan untuk menghadapi peperiksaan lebih hebat dari daripada persiapan untuk menghadapi kematian. Betul tak? Untuk peperiksaan, kita sanggup berjaga malam. Kita sanggup menghabiskan masa hampir 24 jam menghadap buku. Hanya kerana E.X.A.M.

Itu baru kita sentuh tentang pelajaran. Bagaimana pula dengan cara hidup kita seharian? Ramai diantara kita yang hidup hanya untuk di dunia. 24 jam masa dihabiskan hanya untuk kehidupan dunia sahaja. Masa kita hanya diisi dengan gosip-gosip dunia artis, gosip-gosip teman, berbicara tentang
latest movie, etc bla bla bla... Tidak sesaat pun kita berbicara tentang kematian. Tentang kehidupan yang lebih abadi.

' Dan apa saja (kekayaan, kuasa, keurunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti?'

'Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi; kemudian pada hari kiamat dia termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?'
(Al-Qasas, 28:60-61)


Sahabat..Andainya telah tercantum di Luh Mahfuz bahawa esok adalah merupakan hari terakhir kehidupan kita di dunia ini..adakah kita benar-benar telah bersedia? Cukupkah amalan kita ? Adakah diterima amalan kita?

'...Rabbanakhtimlana bihusnil khatimah, wala takhtim 'alaina bisu il khatimah..'


~kita hanyalah hamba~

Monday, February 9, 2009

"..ko pegilah usrah tu..x yah stadi!!"

Alhamdulillah. Semalam ana baru ada kesempatan untuk log in YM (yahoo messenger). Disebabkan sudah lama tidak log in, maka berlambaklah offline message yang ditinggalkan. Salah satunya adalah dari Ajee, salah seorang dari mutarabbi yang ana bawa. Message yang ditinggalkan bertarikh 3 Februari 2009. Kira-kira 6 hari yang lepas. Sedangkan kami baru sahaja bersua muka kira-kira 2 hari yang lalu. Timbul rasa bersalah di dalam hati kerana seolah-olah tidak mempedulikan messagenya. Ana langsung tidak menyinggung tentang apa yang diperkatakannya dalam pertemuan kami yang lepas. Afwan ya adik... k na bukan tidak mahu mempedulikan..tapi tak mengetahui..

MENGADU

Ajee telah melahirkan rasa sedihnya. Hati mana yang tak sedih apabila teman sendiri mengungkapkan kata yang mengguris rasa. "..ko pegilah usrah tu..x yah stadi!!". Sudahlah dirinya baru berjinak-jinak mendekati alam usrah, terkena pula kritikan teman sendiri. Sedih kerana diperlekehkan dan sedih kerana teman sendiri tidak mengerti. Terasa seperti berada di alam yang berbeza. Seorang di kiri dan seorang lagi di kanan. Tiada titik pertemuan yang dapat menyatukan mereka. Bersabarlah Ajee. Memang apabila kita telah berada di atas jalan mustaqim ini, banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempuhi. Allah juga berfirman, "Apakah kamu mengakui diri kamu beriman, sedang kamu tidak diuji?".





























TIDAK MEMAHAMI

Masih ramai yang tidak mengerti dan tidak memahami tujuan dan matlamat sebenar usrah itu diwujudkan. Masih ramai yang memandang usrah adalah tempat untuk orang-orang islamic berkumpul dan pekerjaan mereka hanyalah sia-sia. Konon-konon nak tunjuk alim. Sebenarnya merekalah orang-orang yang masih jahil. Yang memisahkan agama dari kehidupan, yang tidak memahami hakikat deen yang sebenar. Kalau semua muslim faham, kalau semua muslim mengerti, tidak wujud istilah islamic.

Usrah ini adalah kesinambungan daripada perjuangan yang dimulakan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Pentingnya kita berada di dalam usrah adalah supaya hati-hati umat Islam bersatu, membentuk satu jemaah. Apabila kita bersatu dalam jemaah, umat Islam pasti akan menjadi kuat, pasti akan digeruni dan pasti akan dihormati. Tidak akan wujud krisis seperti di Palestin sekarang, di mana umat Islam dilayan seperti haiwan, malah lebih teruk lagi.

KEGEMILANGAN ISLAM

Jika kita soroti kembali sejarah lampau, telah terbukti bahawa Islam sebenarnya sangat berkuasa. Kita pernah meguasai 2/3 dunia. Satu jajahan takluk yang sangat luas. Hampir semua tunduk dan patuh terhadap kerajaan Islam pada ketika itu. Hidup dalam keaadaan aman damai berpandukan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.























Namun begitu, semuanya hanya seketika. Apabila manusia mula alpa dan leka dengan nikmat dunia, keadaan mulai kucar kacir. Dalam diam, musuh mula mengatur strategi menakluk satu demi satu wilayah Islam. Tanpa kita sedar, empayar Islam yang terbina luas sejak berabad yang lalu telah musnah. Tiada lagi pemimpin yang namanya Khalifah. Hilang sudah sistem khalifah yang menyatukan seluruh umat Islam. Umat Islam telah dipisahkan oleh sempadan negara masing-masing, terpecah-pecah oleh semangat kebangsaan yang dimomok-momokkan oleh barat.

BANGKIT SEMULA

Justeru, sistem usrah yang diperkenalkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini seharusnya menjadi titik tolak bagi uamat Islam untuk bangkit dan bangun semula. Jangan biarkan lagi umat Islam dipijak-pijak dan diperkotak-katikkan bagai boneka oleh musuh. Memang bukan mudah untuk kita bangunkan kembali empayar Islam. Tapi itu bukanlah sesuatu yang mustahil!

Ada tujuh tahapan anak tangga yang perlu kita daki untuk merealisasikannya. Semuanya harus bermula dari tahapan yang paling bawah. Jarang sekali kita mendengar yang seseorang itu boleh membaca Al-Quran tanpa dia mengenal huruf alif ba ta terlebih dahulu. Begitulah juga keadaannya sekarang. Setiap tahapan di bawah harus dilalui sebelum kita sampai ke peringkat yang paling atas.

  1. Individu muslim
  2. Baitul muslim (keluarga muslim)
  3. Masyarakat muslim
  4. Kerajaan muslim
  5. Negara muslim
  6. Empayar muslim
  7. Ustaziyatul A'lam
USRAH: LANGKAH UTAMA

Langkah pertama kita ialah untuk mewujudkan individu muslim. Bukan muslim hanya pada nama, tetapi yang paling penting adalah kehidupannya. Peranan melahirkan individu muslim ini banyak sekali dipengaruhi oleh sistem usrah. Di sinilah para ikhwah mengikat hati-hati mereka, bersatu, bantu-membantu memperbaiki diri masing-masing untuk mecapai 10 muwassafat penting yang harus ada dalam setiap individu muslim iaitu:

  1. Saliimul 'Aqidah (Aqidah yang sejahtera)
  2. Shahiihul 'Ibadah (Ibadah yang betul)
  3. Matiinul Khuluq (Akhlaq yang mantap)
  4. Qaadirun 'Alal Kasbi (Mampu berdikari)
  5. Mutsaqqaful Fikri (Luas pegetahuan)
  6. Qawiyyul Jismi (Tubuh yang kuat)
  7. Mujaahidun Linafsihi (Bermujahadah)
  8. Munazhzhom fi Syu'unihi (Berdisiplin)
  9. Harishun 'Ala Waqthihi (Menjaga masa)
  10. Nafi'un Li Ghoirihi (Bermanfaat)
Individu muslim boleh dianalogikan seperti konkrit yang menjadi asas suatu bangunan. Jika kukuh konkritnya, insyaAllah pasti akan kuat dan teguhlah bangunan yang terbina. Dan akhirnya akan terbentuklah Ustaziyatul A'lam yang memakmurkan bumi ini. Ameen.

Jom join usrah!!!



~kita hanyalah hamba~