Sunday, May 31, 2009

Kelebihan Tidur Siang Hari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga,
tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka
untuk menyelesaikan masalah juga meningkat.

Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari
sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wallahualam


~kita hanyalah hamba~

Friday, May 29, 2009

Hukum Safar wanita tanpa mahram




Ini adalah hukum safar wanita tanpa mahram yang diambil dari Pusat Fatwa Mesir.

Ia mempunyai 3 keadaan.

Keadaan pertama: Wanita yang bermusafir dari tempat yang dia tidak mampu menzahirkan keislamannya.

Hukumnya: Pada keadaan ini tidak perlu kepada mahram.

Kenyataan Ulama:

Imam Qurtubi berkata dalam kitabnya "al-Mufhim":

Ulama bersepakat bahawa wajib seorang wanita musafir sekalipun tanpa mahram sekiranya takut berlaku sesuatu yang buruk pada diri dan agamanya.

Ulama Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat wajib wanita berhijrah dari negeri kafir walau tanpa mahram.

Dalam kitab mazhab Maliki "Kifayatut Talib al-Rabbani" menyatakan:

Dikecualikan dari pengharaman musafir sehari semalam atau lebih tanpa mahram adalah wanita yang masuk Islam di negara Kafir Harbi (yang memerangi Islam). Sesungguhnya dia wajib keluar ke negara Islam."

Syeikh Syarbini dikalangan Ulama syafie telah berkata:

"Wanita boleh berhijrah dari negeri kafir berseorangan."

Imam al-Bahuti dikalangan ulama Hmabali berkata:

"Wajib berhijrah kepada orang Islam yang tidak mampu untuk menzahirkan agamanya di tempat yang dikuasai oleh pemerintah kafir atau pemerintah bid'ah yang menyesatkan seperti muktazilah dan syi'ah ke negeri Islam dan yang mengamalkan akidah sunnah. kewajipan ini bagi yang mampu, samada lelaki atau perempuan sekalipun tanpa gerombolan safar dan tanpa mahram."

Dalil kewajipan:

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh para malaikat dikalangan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri dengan duduk di negara orang kafir. Para malaikat bertanya "Bagaimana dengan pelaksanaan agama kamu?" Mereka menjawab dengan meminta keuzuran "Kami tidak mampu melaksanakan agama" Para malaikat menjawab "Bukankan Bumi Allah adalah luas untuk kamu berhijrah ke tempat yang lebih baik. Tempat-tempat mereka hanyalah jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (97 ; an-Nisa)

Nabi saw bersabda:

أنا بريء من كل مسلم يقيم بين أظهر المشركين

"Aku berlepas diri dari orang Islam yang duduk di tempat orang2 kafir." Hr Abu daud

Keadaan yang kedua: Safar wanita untuk haji yang wajib.

Pendapat yang dipilih: Harus bermusafir dengan teman-teman wanita yang dipercaya.

Ini pendapat Mazhab Syafie, Maliki, Aisyah, Ato, Sa'id bin Jubair, ibnu Sirrin , Auza'ie dan mazhab az- zahiri.

Imam Nawawi berkata:

"Syarat wanita yang hendak menunaikan haji yang wajib hendaklah bersama suami, mahram atau sekumpulan wanita yang dipercayai."

Dalil pendapat ini:

Nabi saw bersabda kepada Udai bin Hatim:

فإن طالت بك الحياة لترين الظعينة ترتحل من الحيرة حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدا إلا الله

"Sekiranya engkau panjang umur, nescaya engkau akan lihat seorang wanita akan bermusafir dari Hirah ke Makkah untuk melakukan tawaf di ka'bah tanpa sebarang perasaan takut melainkan kepada Allah." (Hr Bukhari- sahih)


Keadaan yang ketiga; Wanita musafir untuk safar yang sunat seperti ziarah, perniagaan atau tugasan ilmu.

Hukum: Ia terdapat perselisihan pendapat. Pendapat yang dipilih adalah harus dalam keadaan ini apbila bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.

Ini adalah pendapat sebahgian ulama Maliki dan Syafie.

Dalam kitab "Mawahibul Jalil" karangan al-Khattab seorang ulama Maliki menyebut:

"Apabila wanita bersama sekumpulan wanita yang dipercayai yang mempuyai bilangan atau kelengkapan yang dianggap selamat maka tidak ada khilaf tentang pengharusan safarnya tanpa mahram dalam semua jenis musafir, samada yang wajib, sunat atau yang harus." (terjemahan ringkas)

Dalam kitab Majmuk karangan Imam Nawawi:

Cabang: Adakah harus wanita bermusafir bagi haji yg sunat, safar ziarah, perniagaan atau seumpamanya bersama sekumpulan wanita yang dipercayai atau seorang wanita yang dipercayai? ULama syafie ada dua pendapat. Ada yg membenarkan dan ada yang tidak membenarkan."

Dalil:

Dalil yang sama yang digunakan pada keadaan yang kedua.

Ini adalah ringkasan terjemahan dari kajian seorang pengkaji bahagian syariah Pusat Fatwa mesir. Kajian ini diakui oleh Prof Dr Abdullah Rabie, Prof Usul Fekah Universiti Al-Azhar.

Pendpat juga dipegang oleh Dr Yusuf Qardawi dalam kitab Halal haramdan Muhaddis syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kattani(sperti yg sy tanya kepada beliau).

Perhatian: Bagi keadaan kedua dan ketiga ada khilaf yang kuat. Kebanyakan ulama tidak membenarkan safar bagi keadaan ketiga.Oleh itu kita kena berlapang dada untuk berpegang mana-mana pendapat dan tidak memaksa orang lain berpegang pendapat kita.

kesimpulan: Para fuqaha bersepakat bahwa tidak boleh berseorangan tanpa mahram, suami atau wanita yang dipercayai. Nabi saw bersabda:

لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا مع ذي محرم

"Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sehari semalam melainkan dengan mahramnya." (Hr Ahmad - sahih)

Oleh itu jangan wanita itu bermusafir bersendirian tanpa suami, mahram atau wanita yg dipercayai. Ia menyebabkan berlaku pelbagai jenayah dan fitnah.


Rujukan: Dar-alifta.org dan Sofwatul Ahadith as-Syarifah oleh Dr Abdul Qadir.

~kita hanyalah hamba~