Friday, May 28, 2010

.::sirat al mustaqim::.

Ikh
tilat

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.


Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti
Yahoo Messenger, Facebook, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep
SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk
menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Saya bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi
tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika belajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?


3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda. Tidak bermakna anda jika anda berurusan di tempat terbuka, anda tidak memerlukan peneman. Banyak mata yang melihat, banyak fitnah yang timbul.

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Mungkin ada yang beranggapan bahawa cara Islam meletakkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sangat extreme. Terpulang kepada anggapan dan pandangan masing-masing, kerana sesungguhnya bukankah adalah lebih baik jika kita meminimalkan risiko dari terjatuh ke lembah ikhtilat? Menurut two tails hypothesis, semakin longgar batas pergaulan yang kita tetapkan, maka semakin meningkatlah risiko utk kita jatu ke lembah ikhtilat.

Wallahua'lam. Moga mendapat yang terbaik. =). Ihdinas sirothol mustaqim ya Rahim.


~kita hanyalah hamba~

''Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(61:2-3)

Saturday, May 22, 2010

Atas Nama Cinta





Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Munsyid : UNIC

~kita hanyalah hamba~

"Sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan keinginannya sbagai tuhannya?"
(25:43)

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?"
(29:2)

Tuesday, May 18, 2010

Ethical Clearance

Sedikit information yg bisa di share...mmg agak ribet dan repot la nk dapatkan ethical clearance dr ethical committee ni..hurm..apetahlagi dgr2 kena mengadap prof rozaimah plak..adeyy..
ketaq lutut!

1. Mula2 p jumpa kak desi (085262646567) kat komunitas
2. Nanti dia akan bagi satu formulir 3 lembar yang harus diisi.. (pening jugak nk jwb soalan dlm borg ni)-->2 copies.
3. Kak Desi jugak akan bagitau dokumen2 lain yang perlu disertakan iaitu:
  • Proposal
  • Lembar penjelasan
  • Lembar persetujuan
  • Daftar riwayat hidup
  • Perincian biaya
  • Surat pengantar
(semua dokumen ni perlu diabuat dalam rangkap 2 a.k.a 2 copies)

4. Settle semua ni, serahkan balik kat komunitas dengan bayaran Rp100,000.00 (harga student).
5. Menurut Desi (2010), ethical clearance akan dikeluarkan paling cepat dalam masa 2 minggu dan paling lambat dalam masa 4 minggu.

~kita hanyalah hamba~

" Dan barangsiapa mengerjakan kebajikan sedang dia (dalam keadaan) beriman, maka dia tidak khawatir akan perlakuan zalim (terhadapnya) dan tidak (pula khawatir) akan pengurangan haknya. "
(20:112)

Monday, May 17, 2010

bebas dan hijrah

seorang hamba
mahu bebas dari perlakuan cinta
kemahuannya bersungguh
kerna dia telah faham
lalu dia berhijrah

dan
kali ini dengan menggunakan title persahabatan
bukan lagi cinta
namun perilakunya tetap sama
langsung tiada beda

malah ramai yang berkata tentang mereka
tanpa mereka sedar
walau sedikit

sungguh
masyarakat lebih tepat menilai diri kita
bukan kita sendiri
sebab
kadang
kita terlalu asyik dengan apa yang dilakukan
rasa bagus, rasa sempurna

eh
ada
ada yang beda
dia memang berhijrah
penghijrahan dari p1 ke w10
dan menurut teori
penghijrahannya itu akan terus berlangsung
dari w ke p
dari p ke w
malah sesekali mungkin ke m
(hati-hati)
tiada hadnya
infiniti


~kita hanyalah hamba~

(aish..sostoro apo ntah..selamat menjiwai..=) )

Saturday, May 8, 2010

TIPS KTI- dr Arlinda Sari

tujuan presentasi
  • informasi
  • meyakinkan
  • membujuk
  • inspirasi
  • menghibur
Penting!
  • kuasai apa yang ingin diteliti
  • jwpn haruslah jelas
  • penekanan pada point yg dianggap penting
-latar belakang masalah/ penelitian --> jelas dan sistematik
-tujuan jelas
-kerangka konsep
-definisi operasional (cara, alat, skala, hasil) --> byk pertanyaan di sini
-metode (desain, sampel & populasi + inklusi-ekslusi, besar sampel, teknik sampling, uji validitas [paparkan], analisis data [jenis uji, tingkat kemaknaan yang dipakai])
  • perhatikan waktu --> hanya 10 minit (hal ini sgt mempengaruhi nilai --> ptg utk menampilkan prioritas)
  • berlatih presentasi di hdpn teman/ keluarga ( > ramai yg liha, > sisi yg dilihat, > perbaikan dpt dibuat)
  • cek media/ projektor sblm presentasi (periksa ruangan, periksa slide, dtg awal)

TipS Waktu Tanya-Jawab

  • pakaian rapi
  • jgn gugup, jgn tegang
  • jwb semua pertanyaan, jangan diam
  • jujur, x mengambang, harus ada dasar ( lebih bagus disertai daftar pustaka)
  • jgn menjelaskan terlalu pendek
  • SOPAN
  • jwpn beserta sumber rujukan
  • jangan syok jago (jaguh)
  • jika penguji memberikan saranan, jawablah----> "MASUKAN PROF/BAPAK/ IBU SAYA TERIMA. HAL INI AKAN DIBINCANGKAN LEBIH LANJUT BERSAMA DOSEN PEMBIMBING SAYA" <----
SLidE

  • font > 18, 10-12 baris/slide
  • jgn byk kali
  • sederhana tp menarik
  • text jgn panjang kali
  • tata bahasa dan susunan kata dijaga
  • JGN SALAH KETIK --> mencacatkan pemandangan
  • JGN SEPERTI KORAN
  • --> akhiri dengan ucapan TERIMA KASIH <---
SeWaktu PresenTASi
  • harus jelas dan spesifik
  • kenali audiens dengan baik
  • tahu alat dan media yang dipakai
  • desain presentasi yg menarik
  • clip art, gambar, animasi yg sederhana, jgn melampau
ELEmeN yg MemPengAruhI
  • warna (jgn background merah/ mencolok mata)
  • gambar & animasi sesuai materi
  • bentuk dan bagan
  • garis
  • text
  • ukuran
PRINSIP yg HARUS aDa
  • penekanan pada bahagian yg penting, jgn monoton
  • harmoni antara slide
  • kesatuan & konsistensi (background slide jgn berbeda2x kali)
  • seimbang
JUDUL <------> TUJUAN <------> KERANGKA KONSEP
harus nyambung

TAMBAHAN
  • Kuesioner x perlu disertakan dlm slide
  • alasan pemilihan sampel dan tempat penelitian harus logis (faktor memudahkan dibenarkan)
  • sebaiknya tinjauan pustaka ringkas (Debi S D, 2010) pd pernyataan di latar belakang dan tinjauan pustaka disertakan
  • penomoran topik pd slide tidak perlu, tetapi judul harus ada
  • tiada ketentuan jenis tulisan pd slide
  • sampel boleh dilebihkan drpd jumlah sampel yg dihitung (yg dihitung adalah nilai minimum)
  • ---> NO HALAMAN DI SLIDE DIBUAT!!!!!!!!!
  • informed consent disertakan dalam makalah kti shj, di slide tidak perlu
  • Jika menggunakan alat ukur, sebutkan mereknya

ALL DA BES K!! MOGA BERMANFAAT..

~kita hanyalah hamba~

Monday, May 3, 2010

K.P.N

KURSUS PRA-NIKAH ANJURAN JAIJ
(JBTN AGAMA ISLAM JOHOR)
TARIKH:
27-28 MAY 2010
MASA:
1400 WIB- 2100 WIB (27 MAY)
0800 WIB- 2100 WIB (28 MAY)
TEMPAT:
RUANGAN PLENO PAKAR, GEDUNG BARU FKUSU
YURAN PENYERTAAN:
RP 230,000.00/ RM80
termasuk:
- makan 6x sepanjang program
-sijil penyertaan (sah seumur hidup, utk seluruh M'sia)
- buku kursus

*p/s: maklumat lanjut akan diinformasikan



~kita hanyalah hamba~