Sunday, November 6, 2011

Memberi Yang Terbaik

Suatu masa dahulu, raja-raja, orang-orang kaya dan masyarakat amnya suka mengirim elaun sara diri kepada individu-individu yang berilmu menjadikan mereka golonganyang berpendapatan tinggi dalam masyarakat.

Sebagaimana para sarjana dan ilmuwan-ilmuwan lain, sejarawan Laith bin Saad mempunyai pendapatan yang tinggi dalam masyarakat. Syuaib anak beliau, pernah menyatakan bahawa pendapatan ayahnya adalah antara dua puluh ribu dinar setahun.

Pada suatu hari,seorang perempuan datang ke rumah Laith bin Saad membawa sebiji cawan kecil.

“Tuan,saya memerlukan sedikit madu, kalau tuan mempunyainya,”kata perempuan itu kepada Laith bin Saad,sambil menunjukkan cawan kecil yang dipegangnya.

Pada masa itu,sumber manisan hanyalah madu asli kerana gula seperti yang kita makan hari ini belum ada. Harga madu amat mahal kerana lebah hanya menghasilkan madu setahun sekali. Oleh itu hanya orang-orang kaya sahaja mampu membeli dan makan madu. Bagi orang miskin,mereka memerlukan madu bagi tujuan perubatan sahaja.

Laith bin Saad memanggil pembantunya dan berkata, “Berikan sebuntil madu kepadanya”.

Pada masa itu, buntil diperbuat daripada kulit seekor kambing yang dijahit semula supaya bulat.

“Dia meminta sedikit sahaja,tuan,”kata pembantunya.

”Itu permintaan beliau. Orang yang meminta boleh meminta mengikut keperluannya. Sebagai pemberi,saya mesti memberi dengan semurah-murahnya daripada apa yang Tuhan beri kepada saya,” kata Laith bin Saad.

“Baik,tuan,”kata pembantunya.

Sekarang kamu tolong pikul buntil madu itu dan hantarkan ke rumahnya,”kata Laith bin Saad.

~kita hanyalah hamba~