* Nur Islam mendapatkan pandangan dari Muhammad Fairuz Azmi dan Kalam Hamba berkenaan isu Facebook. Ikuti pandangan untuk anda si Facebook King, dan si Facebook Queen, dalam tips-tips dan adab dalam ber’facebook’ kepada Muslimin dan Muslimat. Tips untuk ber’facebook’ sebagai seorang daei. *
Untuk Anda Si Facebook-KING
Facebook kini sudah berleluasa digunakan oleh ramai orang. Orang Malaysia kalau mengikut kajian memang antara yang paling banyak menggunakan ’social network’.
Dah namapun ‘social’, memang social lah tujuannya. Untuk mengenal kawan, berjenaka dan sebagainya. Namun, rugilah kalau bersosial sahaja kalau dah namapun dai’e ye dak?
Dakwah fardi online – Masih ramai yang menggunakan facebook, untuk berjaringan sesama ‘geng’ atau ‘click’ sendiri sahaja. Tiada masalah untuk merapatkan ukhuwah sesama ‘geng’ sendiri. Tapi, rugi lah kalau dakwah kita tidak sampai kepada mereka yang diluar ruang lingkup kita yang mungkin lebih memerlukan, takkan setiap status, kita tag geng usrah kita saja. Berlawak dengan geng usrah kita saja. Takut kita hanya berada dalam ‘comfort zone’. Rugi.
Content – Baik yang melawak atau serius sebelum send, share, fikir dulu . Sebaiknya ada mesej yang baik . Jika melawak jangan berlebih-lebihan.
Jaga thiqah – Kita nak bawa kebaikan kepada masyarakat, kita nak memimpin masyarakat, kita nak orang terima dakwah kita, banyak benda serius kita nak bawa. Kita wajar dikenali sebagai orang-orang yang bersungguh-sungguh nak bawa dakwah dari pelawak dan yang seangkatan dengannya. Ingat, berjenaka, bergurau senda dan sebagainya tidak salah malah perlu dalam banyak keadaan. Tapi janganlah berlebihan hingga boleh menghilangkan thiqah sebagai dai’e
Dakwah kepada non muslim – Sesuatu yang perlu difikirkan agar perlu diperkembangkan. Terutama untuk kita yang berada dibumi yang majoritinya adalah non-muslim. Pola dakwah terkini di Malaysia sudah mula memberi perhatian yang lebih kepada non muslim . We should not miss the boat.
Dakwah bukan untuk orang yang kita baik sahaja – Kena buat muka kulit tebal dalam berdakwah, biarlah orang tu memang tak suka kita, pesaing kita dan sebagainya, kita tidak dapat tidak kena buat. Kalau offline tak buat, takkan online pun tak buat . Jenuh la nak jawab dengan Allah nanti.
Jaga ikhtilat – Melawak berlebih-lebihan antara lelaki dan perempuan AMAT perlu dielakkan. Bergantung kepada cara kita ‘respons’. Kalau dia gelak dan buat lawak, kita pun sama naik buat lawak, sukarlah kita nak bawa mesej penjagaan hubungan. Pulak kalau kawan lelaki / perempuan kita membuat makan-makan di rumah mereka bercampur lelaki perempuan, kalau tidak pergi akan memberikan mesej kita benci mereka, sebab selama ni one-to-one di facebook berlawak sakan, pastu buat program kata tak nak gi sebab campur. Kita yang tidak konsisten, kita yang seolah-olah tidak jelas prinsip . Jadi mad’u pun pening,, sekejap itu, sekejap ini.
Kawal emosi – kadang-kadang ada orang hentam kita di Facebook, ada orang tak bagi kita tgk ‘wall’, ada orang ‘block’ kita, ada orang ‘remove’ kita sebagai friends. Tapi kita sebagai dai’e takkan nak biar emosi kawal kita macam mereka. Kita patut lebih sabar kan? Kata nak berdakwah. bBenda kecil macam ni, kita tak patut bertindak balas dengan emosi jugak. Kita pulak muhasabah diri kita, aku cakap salahkah? Aku cakap tak kena masakah? Apa yang perlu diperbaiki? Sebelum salahkan orang lain, cari salah diri kita dulu, kemudian perbaiki. Jangan sampai diri kita betul setiap kali, org lain salah setiap kali . Tapi jangan pula sampai mengalah setiap kali pulak, ada pertimbangannya.
Untuk Anda Si Facebook-QUEEN
Pendahuluan
Isunya yang ingin saya sentuh dan bawakan pada kali ini adalah berkenaan Aurat – Bukan aurat fizikal yang saya ingin maksudkan kerana saya yakin bahawa muslimat semua tahu batas sempadan dalam menjaga aurat fizikal mereka. Dalam kuliah Ustaz Erfino tentang ‘Adab Komunikasi antara Lelaki & Perempuan; Di mana had kau dan aku?’ (http://www.erfino.com/2010/11/kuliah-online-ustream.html) baru-baru ini, disebutkan bahawa aurat juga merangkumi maruah diri seseorang. Dan saya amat bersetuju dengan perkara itu. Bukan setakat aurat fizikal yang perlu dijaga, tapi maruah dan imej diri juga perlu diambil kira. Sebagai muslimat, lebih banyak lagi perkara dan isu yang perlu diambil kira.
Jangan mudah menulis semua perkara yang berlaku dalam diri kita di Facebook – Mungkin kita seronok nak berkongsi dengan sahabat-sahabat, dan mendapat maklum balas daripada mereka. Tetapi tidakkah kita merasakan sekiranya kita menghebahkan seluruh perjalanan kehidupan kita di Facebook, semua kawan alam maya kita boleh baca dan tahu, malah termasuklah mereka yang tak dapat faedah pun dari ‘pengumuman’ kita itu. Tak rasa kah kehidupan kita dah jadi ‘transparent’? Ramai orang tahu apa yang berlegar-legar dalam kehidupan harian kita. Seolah-olah tiada lagi rahsia dalam hidup kita.. Masak apa hari ni..Pergi mana hari ini..Plan nak buat apa minggu ini..Berborak dengan rakan yang mana malam ini..’ Literally SEMUA benda! Sudahnya, apa yang tinggal untuk kita dan orang2 istimewa kita?
Saya pasti bahawa ramai di kalangan kita yang mengambil ‘pre-caution’ dengan hanya meng‘approve’ kawan mereka yang dikenali atau mewujudkan ‘groups/ lists’ supaya mudah bagi kita mengawal ‘privacy’ perkara yang dinaikkan ke Facebook. Bagus, tapi kita kena ambil langkah berhati-hati dan berjaga-jaga. Kalau di alam realiti, kita takut dengan ’stalker’ yang tahu serba serbi tentang hal kita, kenapa di alam siber tidak kita risaukan? Saya tak tau dengan sahabat lain, tapi kalau saya, rakan lelaki sekolah rendah/menengah yang ditemui di alam maya selepas 10-15 tahun tidak pernah jumpa, yang menunjukkan perhatian yang lebih sikit tentang diri saya, saya dah rasa tidak selesa dan takut. Tu kawan, belum orang lain.
Gaya percakapan – Memang ramai di kalangan kita suka menyatakan bahawa, ‘Aku bukan hipokrit’, ’Ini diri aku yang sebenar’ dan sebagainya, tapi dalam keadaan kita menyedari tanggungjawab kita sebagai da’ie, kita juga perlu berhati-hati lah dengan penggunaan perkataan, nada, gaya penulisan dan gaya ‘ketawa’ kita ketika menulis di Facebook. Sebab bukan individu yang dituju komen/status sahaja yang membaca penulisan tersebut, tetapi juga orang-orang umum juga. Ya, mereka semua adalah rakan kita, tapi kita tidak mahu kehidupan kita luar dan dalam diketahui umum. Hatta Islam sendiri meletakkan garis panduan dalam hubungan suami isteri, hal rumah tangga tidak boleh diceritakan sesukanya kepada orang luar. Jadi tidak salah kita mempraktikkan perkara tersebut dalam kehidupan kita sekarang. Bukan saya nk suruh jadi hipokrit, tapi jagalah tsiqah dan reputasi masing-masing. Kalau mereka yang rapat dengan kita, pastinya mereka boleh menafsir penulisan kita dengan ’attitude’ diri kita, tapi untuk individu yang mengenali kita ‘sipi-sipi’, memang mudah mereka buat penilaian. Dan ketahui hakikat bahawa penilaian manusia selalunya tidak tepat dan kebanyakannya adalah negatif.
Lagi pula, lebih banyak perkara dalam kehidupan kita yang dihebahkan, lebih banyak peluang untuk ’musuh’ mengenal pasti kelemahan diri kita. Sebagai daie, ada lima golongan musuh yang dikupas dalam buku ’Rintangan Perjuangan seorang Pendakwah’ dan tidak mustahil ada antara mereka yang berada dalam senarai rakan kita di Facebook. Nauzubillah..
Berhati-hati dalam menulis perkara buruk yang kita lakukan. Saya yakin segala perkara tidak baik yang dilakukan oleh sahabat daie sekalian bukanlah perkara yang jatuh dalam kategori maksiat atau dosa, tapi saya menyeru agar kita semua berhati-hati. Perkara-perkara seperti ‘malas ke kelas’, ‘ponteng kelas/rotation’, ‘berkecil hati/bergaduh dengan kawan’ dan sebagainya, seeloknya tidak dihebahkan dan disimpan untuk diri sendiri ataupun, biarlah orang-orang terdekat saja yang mengetahuinya. Telah hilangkah perasaan malu atau segan dalam melakukan perkara sebegitu? Sehinggakan tiada rasa serba-salah dalam diri kita ketika menghebahkan perkara tersebut kepada satu dunia Facebook? Saya ingin mengingatkan sahabat sekalian, sekiranya Allah telah menutup perkara aib itu, janganlah kita pula dengan senang hati membuka aib sendiri. Mungkin ada sesetengah merasakan perkara tersebut perkara biasa dan tidak mengaibkan, tapi ketahuilah orang bakal menilai diri anda berdasarkan perkara-perkara yang dihebahkan itu. Dan sekiranya perkara buruk yang dihebahkan, maka secara logic akal, sudah tentu nilaiannya juga buruk.
Terakhir sekali, berpada-padalah dalam mengamalkan ‘public display of affection’ (PDA) di Facebook. Di US dan Europe sendiri, ada banyak penulisan tentang aksi PDA yang diterima dan tidak diterima. Lebih-lebih lagi, kita ini orang Islam, rata-ratanya Melayu dan asalnya dari Malaysia yang dididik dengan adat-adat ketimuran yang sopan. Jadi, kekalkan adat ketimuran itu dan kembangkan perasaan al-haya’ (malu) dalam diri kita. Janganlah berlebih-lebihan mempamerkan ’affection’ kita terhadap orang yang kita sayang.
Kesimpulannya, jaga aurat masing-masing. Kalau aurat fizikal disimpan untuk insan-insan yang teristimewa dan tersayang, begitu juga dengan sebahagian besar kisah hidup kita. Kalau semua benda yang diketahui oleh orang tersayang, turut diketahui oleh semua orang, maka hilanglah status istimewa insan tersebut. Cikgu Judy dalam buku komik Detektif Conan (Sinichi Kudou) pernah berkata;a secret makes a woman woman.Fikir-fikirkanlah… Wallahua’lam.
p/s Saya menulis bukan bermakna saya terpelihara daripada melakukan semua perkara ini, tapi sama-sama kita minimakan perlakuan ini dan saling memperingatkan antara kita semua.
Idea Asal : Muhammad Fairuz Azmi dan Kalam Hamba
Editor : Nur Islam
No comments:
Post a Comment