Tuesday, December 7, 2010

Facebook KING & Facebook QUEEN

* Nur Islam mendapatkan pandangan dari Muhammad Fairuz Azmi dan Kalam Hamba berkenaan isu Facebook. Ikuti pandangan untuk anda si Facebook King, dan si Facebook Queen, dalam tips-tips dan adab dalam ber’facebook’ kepada Muslimin dan Muslimat. Tips untuk ber’facebook’ sebagai seorang daei. *


Untuk Anda Si Facebook-KING

Facebook kini sudah berleluasa digunakan oleh ramai orang. Orang Malaysia kalau mengikut kajian memang antara yang paling banyak menggunakan ’social network’.

Dah namapun ‘social’, memang social lah tujuannya. Untuk mengenal kawan, berjenaka dan sebagainya. Namun, rugilah kalau bersosial sahaja kalau dah namapun dai’e ye dak?

Dakwah fardi online – Masih ramai yang menggunakan facebook, untuk berjaringan sesama ‘geng’ atau ‘click’ sendiri sahaja. Tiada masalah untuk merapatkan ukhuwah sesama ‘geng’ sendiri. Tapi, rugi lah kalau dakwah kita tidak sampai kepada mereka yang diluar ruang lingkup kita yang mungkin lebih memerlukan, takkan setiap status, kita tag geng usrah kita saja. Berlawak dengan geng usrah kita saja. Takut kita hanya berada dalam ‘comfort zone’. Rugi.

Content – Baik yang melawak atau serius sebelum send, share, fikir dulu . Sebaiknya ada mesej yang baik . Jika melawak jangan berlebih-lebihan.

Jaga thiqah – Kita nak bawa kebaikan kepada masyarakat, kita nak memimpin masyarakat, kita nak orang terima dakwah kita, banyak benda serius kita nak bawa. Kita wajar dikenali sebagai orang-orang yang bersungguh-sungguh nak bawa dakwah dari pelawak dan yang seangkatan dengannya. Ingat, berjenaka, bergurau senda dan sebagainya tidak salah malah perlu dalam banyak keadaan. Tapi janganlah berlebihan hingga boleh menghilangkan thiqah sebagai dai’e

Dakwah kepada non muslim – Sesuatu yang perlu difikirkan agar perlu diperkembangkan. Terutama untuk kita yang berada dibumi yang majoritinya adalah non-muslim. Pola dakwah terkini di Malaysia sudah mula memberi perhatian yang lebih kepada non muslim . We should not miss the boat.

Dakwah bukan untuk orang yang kita baik sahaja – Kena buat muka kulit tebal dalam berdakwah, biarlah orang tu memang tak suka kita, pesaing kita dan sebagainya, kita tidak dapat tidak kena buat. Kalau offline tak buat, takkan online pun tak buat . Jenuh la nak jawab dengan Allah nanti.

Jaga ikhtilat – Melawak berlebih-lebihan antara lelaki dan perempuan AMAT perlu dielakkan. Bergantung kepada cara kita ‘respons’. Kalau dia gelak dan buat lawak, kita pun sama naik buat lawak, sukarlah kita nak bawa mesej penjagaan hubungan. Pulak kalau kawan lelaki / perempuan kita membuat makan-makan di rumah mereka bercampur lelaki perempuan, kalau tidak pergi akan memberikan mesej kita benci mereka, sebab selama ni one-to-one di facebook berlawak sakan, pastu buat program kata tak nak gi sebab campur. Kita yang tidak konsisten, kita yang seolah-olah tidak jelas prinsip . Jadi mad’u pun pening,, sekejap itu, sekejap ini.

Kawal emosi – kadang-kadang ada orang hentam kita di Facebook, ada orang tak bagi kita tgk ‘wall’, ada orang ‘block’ kita, ada orang ‘remove’ kita sebagai friends. Tapi kita sebagai dai’e takkan nak biar emosi kawal kita macam mereka. Kita patut lebih sabar kan? Kata nak berdakwah. bBenda kecil macam ni, kita tak patut bertindak balas dengan emosi jugak. Kita pulak muhasabah diri kita, aku cakap salahkah? Aku cakap tak kena masakah? Apa yang perlu diperbaiki? Sebelum salahkan orang lain, cari salah diri kita dulu, kemudian perbaiki. Jangan sampai diri kita betul setiap kali, org lain salah setiap kali . Tapi jangan pula sampai mengalah setiap kali pulak, ada pertimbangannya.

Untuk Anda Si Facebook-QUEEN

Pendahuluan

Isunya yang ingin saya sentuh dan bawakan pada kali ini adalah berkenaan Aurat – Bukan aurat fizikal yang saya ingin maksudkan kerana saya yakin bahawa muslimat semua tahu batas sempadan dalam menjaga aurat fizikal mereka. Dalam kuliah Ustaz Erfino tentang ‘Adab Komunikasi antara Lelaki & Perempuan; Di mana had kau dan aku?’ (http://www.erfino.com/2010/11/kuliah-online-ustream.html) baru-baru ini, disebutkan bahawa aurat juga merangkumi maruah diri seseorang. Dan saya amat bersetuju dengan perkara itu. Bukan setakat aurat fizikal yang perlu dijaga, tapi maruah dan imej diri juga perlu diambil kira. Sebagai muslimat, lebih banyak lagi perkara dan isu yang perlu diambil kira.

Jangan mudah menulis semua perkara yang berlaku dalam diri kita di Facebook – Mungkin kita seronok nak berkongsi dengan sahabat-sahabat, dan mendapat maklum balas daripada mereka. Tetapi tidakkah kita merasakan sekiranya kita menghebahkan seluruh perjalanan kehidupan kita di Facebook, semua kawan alam maya kita boleh baca dan tahu, malah termasuklah mereka yang tak dapat faedah pun dari ‘pengumuman’ kita itu. Tak rasa kah kehidupan kita dah jadi ‘transparent’? Ramai orang tahu apa yang berlegar-legar dalam kehidupan harian kita. Seolah-olah tiada lagi rahsia dalam hidup kita.. Masak apa hari ni..Pergi mana hari ini..Plan nak buat apa minggu ini..Berborak dengan rakan yang mana malam ini..’ Literally SEMUA benda! Sudahnya, apa yang tinggal untuk kita dan orang2 istimewa kita?

Saya pasti bahawa ramai di kalangan kita yang mengambil ‘pre-caution’ dengan hanya meng‘approve’ kawan mereka yang dikenali atau mewujudkan ‘groups/ lists’ supaya mudah bagi kita mengawal ‘privacy’ perkara yang dinaikkan ke Facebook. Bagus, tapi kita kena ambil langkah berhati-hati dan berjaga-jaga. Kalau di alam realiti, kita takut dengan ’stalker’ yang tahu serba serbi tentang hal kita, kenapa di alam siber tidak kita risaukan? Saya tak tau dengan sahabat lain, tapi kalau saya, rakan lelaki sekolah rendah/menengah yang ditemui di alam maya selepas 10-15 tahun tidak pernah jumpa, yang menunjukkan perhatian yang lebih sikit tentang diri saya, saya dah rasa tidak selesa dan takut. Tu kawan, belum orang lain.

Gaya percakapan – Memang ramai di kalangan kita suka menyatakan bahawa, ‘Aku bukan hipokrit’, ’Ini diri aku yang sebenar’ dan sebagainya, tapi dalam keadaan kita menyedari tanggungjawab kita sebagai da’ie, kita juga perlu berhati-hati lah dengan penggunaan perkataan, nada, gaya penulisan dan gaya ‘ketawa’ kita ketika menulis di Facebook. Sebab bukan individu yang dituju komen/status sahaja yang membaca penulisan tersebut, tetapi juga orang-orang umum juga. Ya, mereka semua adalah rakan kita, tapi kita tidak mahu kehidupan kita luar dan dalam diketahui umum. Hatta Islam sendiri meletakkan garis panduan dalam hubungan suami isteri, hal rumah tangga tidak boleh diceritakan sesukanya kepada orang luar. Jadi tidak salah kita mempraktikkan perkara tersebut dalam kehidupan kita sekarang. Bukan saya nk suruh jadi hipokrit, tapi jagalah tsiqah dan reputasi masing-masing. Kalau mereka yang rapat dengan kita, pastinya mereka boleh menafsir penulisan kita dengan ’attitude’ diri kita, tapi untuk individu yang mengenali kita ‘sipi-sipi’, memang mudah mereka buat penilaian. Dan ketahui hakikat bahawa penilaian manusia selalunya tidak tepat dan kebanyakannya adalah negatif.

Lagi pula, lebih banyak perkara dalam kehidupan kita yang dihebahkan, lebih banyak peluang untuk ’musuh’ mengenal pasti kelemahan diri kita. Sebagai daie, ada lima golongan musuh yang dikupas dalam buku ’Rintangan Perjuangan seorang Pendakwah’ dan tidak mustahil ada antara mereka yang berada dalam senarai rakan kita di Facebook. Nauzubillah..

Berhati-hati dalam menulis perkara buruk yang kita lakukan. Saya yakin segala perkara tidak baik yang dilakukan oleh sahabat daie sekalian bukanlah perkara yang jatuh dalam kategori maksiat atau dosa, tapi saya menyeru agar kita semua berhati-hati. Perkara-perkara seperti ‘malas ke kelas’, ‘ponteng kelas/rotation’, ‘berkecil hati/bergaduh dengan kawan’ dan sebagainya, seeloknya tidak dihebahkan dan disimpan untuk diri sendiri ataupun, biarlah orang-orang terdekat saja yang mengetahuinya. Telah hilangkah perasaan malu atau segan dalam melakukan perkara sebegitu? Sehinggakan tiada rasa serba-salah dalam diri kita ketika menghebahkan perkara tersebut kepada satu dunia Facebook? Saya ingin mengingatkan sahabat sekalian, sekiranya Allah telah menutup perkara aib itu, janganlah kita pula dengan senang hati membuka aib sendiri. Mungkin ada sesetengah merasakan perkara tersebut perkara biasa dan tidak mengaibkan, tapi ketahuilah orang bakal menilai diri anda berdasarkan perkara-perkara yang dihebahkan itu. Dan sekiranya perkara buruk yang dihebahkan, maka secara logic akal, sudah tentu nilaiannya juga buruk.

Terakhir sekali, berpada-padalah dalam mengamalkan ‘public display of affection’ (PDA) di Facebook. Di US dan Europe sendiri, ada banyak penulisan tentang aksi PDA yang diterima dan tidak diterima. Lebih-lebih lagi, kita ini orang Islam, rata-ratanya Melayu dan asalnya dari Malaysia yang dididik dengan adat-adat ketimuran yang sopan. Jadi, kekalkan adat ketimuran itu dan kembangkan perasaan al-haya’ (malu) dalam diri kita. Janganlah berlebih-lebihan mempamerkan ’affection’ kita terhadap orang yang kita sayang.

Kesimpulannya, jaga aurat masing-masing. Kalau aurat fizikal disimpan untuk insan-insan yang teristimewa dan tersayang, begitu juga dengan sebahagian besar kisah hidup kita. Kalau semua benda yang diketahui oleh orang tersayang, turut diketahui oleh semua orang, maka hilanglah status istimewa insan tersebut. Cikgu Judy dalam buku komik Detektif Conan (Sinichi Kudou) pernah berkata;a secret makes a woman woman.Fikir-fikirkanlah… Wallahua’lam.

p/s Saya menulis bukan bermakna saya terpelihara daripada melakukan semua perkara ini, tapi sama-sama kita minimakan perlakuan ini dan saling memperingatkan antara kita semua.

Idea Asal : Muhammad Fairuz Azmi dan Kalam Hamba

Editor : Nur Islam

~kita hanyalah hamba~

Saturday, November 20, 2010

Under Construction






maaf.
teratak - - - - ini masih under construction.
bukan karena dendam lantas tak mahu menumpangkan kau di sini.
bukan karena marah lalu tak mahu meminjamkan perkakasan dari teratak ini.
walau hanya sebentar.
tapi.
memang karena tak bisa.
karena.
teratak - - - - ini masih under construction.
fondasinya masih belum kukuh.
simennya masih lagi basah.
bimbang.
fondasinya roboh kembali.
bimbang.
simennya retak lagi.
jangan sampai teratak yang sedang dibina rusak lagi.


~nur qalbi~

For, Believers are those who, when Allah is mentioned, feel a tremor in their hearts, and when they hear His signs rehearsed, find their faith strengthened, and put (all) their trust in their Lord;
(Al-Anfal:2)


Friday, November 19, 2010

Eid



Mendengar cerita darinya mencambah rinduku pada Hajar al-Aswad.

dan permudahkanlah urusan kami menjadi tamuMu ke sana. =).



Ameen. Ameen. Ameen. Ya Rabb Al-A'lamin. =)

Salam Eid Al-Adha.









~kita hanyalah hamba~

Monday, October 18, 2010

P.E.N.C.I.L

Do you know that our life is like a pencil?

A pencil maker told the pencils 5 important lessons.

1: Everything you do will always leave a mark.
2: But you can always correct the mistakes you make.
3: What is important is what is inside you.
4: In life you will undergo painful sharpening which will make you a better pencil.
5: To be the best pencil you can be you must allow yourself to be held and guided by a hand that holds you.

As we sail though life,
don’t avoid storms and rough waters,
just let it pass.
Just Sail

Always remember,
Calm seas never make skillful sailors.

untitled1

''Do men imagine that they will be left (at ease) because they say, We believe and will not be tested with affliction? Lo! We tested those who were before them. Thus Allah knoweth those who are sincere, and knoweth those who feign''

(Surah Al-‘Ankabut: 29:2-3)

~kita hanyalah hamba~

Monday, October 11, 2010

10/10/10

MELAKA: Seorang bapa terkilan kerana tidak dapat melihat anaknya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) apabila anaknya itu terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat semalam.


Abdul Karim Jamaludin, 60, berkata anaknya, Norazmi, 24, dijadual menerima ijazah berkenaan pada majlis konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, Jumaat ini.

''Anak saya pergi ke Kuala Lumpur petang semalam menaiki bas ekspres untuk berjumpa kawan-kawannya bagi membuat persiapan menghadiri konvokesyen itu dan kemudian pergi bersama kawan-kawanya ke UPSI," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka, hari ini.
Dalam kejadian 6.40 petang itu, dua belas orang terbunuh dan lebih 40 cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebuah van dan tiga kereta.

Abdul Karim yang redha dengan pemergiaan anak keenam dari tujuh adik-beradik itu, berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kempas, Selandar hari ini.

Sementara itu, Maria Johan, 54, ibu kepada seorang lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu, Azizi Ajis, 19, berkata anaknya yang baru bekerja dengan sebuah agensi pelancongan di Kuala Lumpur itu menyatakan beliau rasa malas untuk pulang ke ibu negara mungkin kerana beliau sayang untuk berpisah dengan adik-beradiknya.

"Beliau (Azizi) sempat minta maaf dengan Pak Longnya yang akan menunaikan fardu haji dan minta (Pak Long) doakan beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur," katanya yang tinggal di Kampung Gapis, Nyalas di Jasin.
Maria berkata, Allahyarham, anak ketiga daripada lima adik-beradik, tidak menunjukkan perubahan yang luar biasa sebelum kemalangan itu berlaku.

Isteri kepada R Ramachandra, 52, pemandu bas ekspres itu, M Gayarati, 47, berkata beliau kali terakhir melihat suaminya ketika Ramachandra keluar untuk pergi bekerja pada 11 pagi semalam.

"Jam 9 malam tadi kakak saya beritahu ada kemalangan bas ekspres di lebuh raya (Utara-Selatan) saya terus pergi Melaka Sentral (stesen bas) dan dapat tahu kemalangan membabitkan suami saya," katanya yang tinggal di Kampung Tengah, Klebang Besar di sini.

Beliau berkata, suaminya bekerja dengan syarikat bas ekspres itu sejak tiga tahun lalu selepas bekerja dengan syarikat bas bandaran di Melaka selama 15 tahun.

Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, penumpang bas ekspres yang maut dalam kemalangan itu berkata ini adalah tragedi untuk anaknya yang pertama kali menaiki bas ekspres.

"Anak saya sebelum ini tidak pernah berjalan jauh berseorangan, kalau nak jalan jauh pun kami pergi sekeluarga menaiki kereta," katanya.

Beliau berkata, anaknya ke Kuala Lumpur kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan dan sepatutnya pulang ke Melaka esok (Selasa). - BERNAMA

Al-Fatihah buat mereka semua. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Ameen insyaAllah.

Tiada siapa yang menyangka mereka akan pergi secara tiba-tiba. Dan begitulah ajal. Apabila sampai saatnya, ia pasti akan menjemput kita.

Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun (10:49)

Dan kita tidak pernah tahu, dan sampai bila-bila pun tidak pernah akan tahu, bilakah saatnya ajal kan menyapa. Mungkin seketika sahaja lagi, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depan atau mungkin beberapa tahun lagi.

Peringatan terutamanya buat yang menulis ini dan bagi yang membaca, marilah kita berusaha menambahkan amal dan mengamalkan ilmu yang ada. Jangan biarkan ilmu yang kita ada itu menjadi rosak tanpa amal. Dan moga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah sebut dalam surah An-Nisa' ayat ke 18:

Dan taubat itu tidaklah diterima Allah dari mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, barulah dia mengatakan, "Saya benar-benar bertaubat sekarang." Dan tidak pula diterima taubat dari orang-orang yang meninggal sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan azab yang pedih.

Astaghfirullah.

Astaghfirullah.

Astaghfirullah.

Ya Tawwab...tub 'alaina...

Rabbana khtim 'alaina bihusnil khatimah. Wala takhtim 'alaina bisuu il khatimah.
~kita hanyalah hamba~

Sunday, October 10, 2010

dan =)...

Alhamdulillah

walhamdulillah

walhamdulillah

=)

Allah Rahman...

Allah Rahim...

Allahu ya Ghaffar ya nurul qalbi...

dan =)...


p/s: dah lama tak 'menggoreng' di sini...

~kita hanyalah hamba~

Wednesday, September 1, 2010

Gaza Tidak Memerlukanmu

Santi Soekanto adalah salah satu dari 12 warganegara Indonesia di kapal Mavi Marmara yang diserang Israel. Sebelum serangan itu, Santi sempat mengirimkan ‘e-mail’ yang sangat menyentuh perasaan.

Surat jurnalis Majalah Hidayatullah ini bertajuk "Gaza Tidak Memerlukanmu!", dihantar pada Ahad 30 Mei 2010, atau sehari sebelum serangan lanun Israel. Surat ini dibuat di atas kapal Mavi Marmara tika masih berada di tengah laut, 180 batu dari Pantai Gaza.

Saat itu, Santi dan anggota ‘team Freedom Flotilla’ lain sedang menunggu kedatangan team lain untuk nanti sama-sama berangkat ke Gaza. Namun ura-ura kemungkinan Israel akan menyerang sudah berkocak.

"Kami masih menanti, masih tidak pasti, buat masa ini berita pelbagai ancaman Israel sedang tersebar," kata Santi dalam pembukaan suratnya.

Santi berkongsi pengalamannya bertemu dengan ratusan orang dengan pelbagai latar belakang. Masing-masing dengan gayanya yang tersendiri. Dari orang kanan pemimpin politik Inggeris yang angkuh, sehingga aktivis muslimah yang pendiam tapi sentiasa tangkas untuk memastikan semua rombongan dapat makan tepat pada waktunya. Berikut adalah surat lengkap Santi untuk rakannya Tommy Satryatomo yang kemudiannya diterbitkan di blognya:


...................................................................................................

GAZA TIDAK MEMERLUKANMU!

Di atas M/S Mavi Marmara, di Tengah Laut, 180 batu dari Pantai Gaza.

Sudah lebih 24 jam berlalu sejak kapal ini berhenti bergerak kerana beberapa alasan, terutamanya menanti kedatangan sebuah lagi kapal dari Ireland [Rachel Corrie, pent] dan kedatangan sejumlah anggota parlimen beberapa negara Eropah yang akan turut serta dalam konvoi Freedom Flotilla menuju Gaza. Kami masih menanti, masih tidak pasti, buat masa ini berita pelbagai ancaman Israel sedang tersebar.

Ada banyak cara untuk menggunakan waktu –banyak di antara kami yang membaca Al-Quran, berzikir atau membaca. Ada yang sibuk mengadakan halaqah. Beyza Akturk dari Turki mengadakan kelas kursus bahasa Arab untuk peserta Muslimah Turki. Senan Mohammed dari Kuwait mengundang seorang ahli hadith, Dr. Usama Al-Kandari, untuk memberikan kelas Hadith Arbain An-Nawawiyah [Hadith 40 Imam An-Nawawi] secara singkat dan berjanji bahawa para peserta akan mendapat sijil.

Wartawan pula sibuk dengan tugas masing-masing, para aktivis –terutama para veteran perjalanan yang pernah ke Gaza sebelumnya– mundar-mandir; ada yang angkuh memasuki ruang media sambil menyatakan bahawa dia merupakan orang kanan seorang pemimpin politik Inggeris yang pernah menjadi penggerak salah satu konvoi ke Gaza.

Aktivism
Ada begitu banyak aktvism, heroism. Bahkan ada seorang peserta konvoi yang mengenakan ‘T-shirt’ yang di bahagian dadanya bertulis ‘Heroes of Islam’ atau ‘Para Pahlawan Islam’. Di sinilah terasa sungguh betapa pentingnya menjaga keutuhan niat agar selalu lurus kerana Allah Ta'ala.

Para wartawan pula sering merasa hebat dan ‘powerful’ kerana mendapat layanan khusus berupa akses komunikasi dengan dunia luar, sementara para peserta lain tidak. Yang mempunyai posisi penting di negeri asal, contohnya anggota parlimen atau ahli korporat; mungkin merasa diri mereka penting kerana sumbangan ‘material’ yang besar terhadap Gaza.

Kalau dibiarkan, riya’ akan menyelusup, na'udzubillahi min dzaalik, dan semua kerja keras ini bukan sahaja akan kehilangan maknanya seperti buih air laut yang terhempas ke pantai, bahkan menjadi lebih hina kerana menjadi sumber amarah Allah Ta'ala.

Muhasabah
Dari waktu ke waktu, dalam kesibukan dan kegelisahan memikirkan tugas, sempat memberi kesempatan untuk duduk merenung dan tafakkur, sungguh perlu bagiku untuk bermuhasabah dan mengingatkan diri sendiri. Apa yang kau lakukan Santi? Untuk apa kau lakukan ini Santi? Tidakkah seharusnya kau berlindung kepada Allah dari ketidakikhlasan dan riya’? Kau pernah berada dalam situasi ketika orang menganggap dirimu berharga dan ucapanmu patut didengar hanya kerana jawatanmu di sebuah pejabat penerbitan. And where did that lead you? Had that situation led you to Allah, to Allah's blessing and pleasure, or had all those times brought you Allah's anger and displeasure?

Kalau hanya sekadar penghargaan manusia yang kuperlukan di sini, Subhanallah, sungguh banyak orang disini yang jauh lebih layak dihargai oleh seisi dunia. Mulai dari Presiden IHH, Fahmi Bulent Yildirim sampai seorang Muslimah muda pendiam dan solehah yang tidak banyak bercakap selain sibuk menguruskan aktiviti ulama terkemuka di atas kapal ini, sehingga beberapa pemuda ikhlas yang tanpa banyak bicara sibuk membersihkan bekas puntung rokok sejumlah perokok tegar.

Kalau hanya sekadar penghargaan manusia yang kumahukan di sini, Subhanallah, di tempat ini juga ada orang-orang terkenal yang angkuh kerana kehebatan diri mereka.

Semua berteriak, "Untuk Gaza!" namun siapakah di antara mereka yang teriakannya memenangi redha Allah? Hanya Allah yang tahu.

Gaza Tidak Memerlukan Aku
Dari waktu ke waktu, aku perlu memperingatkan diriku bahawa Al-Quds tidak memerlukan aku. Gaza tidak memerlukan aku. Palestin tidak memerlukan aku.

Masjidil Aqsa milik Allah dan hanya memerlukan pertolongan Allah. Gaza hanya perlu Allah. Palestin hanya memerlukan Allah. Bila Allah mahu, sungguh mudah bagiNya untuk saat ini juga, detik ini juga, membebaskan Masjidil Aqsa. Membebaskan Gaza bahkan seluruh Palestin.

Akulah yang perlu berada di sini, suamiku Dzikrullah-lah yang perlu berada di sini kerana kami ingin Allah memasukkan nama kami ke dalam senarai hamba-hambaNya yang bergerak -betapa pun sedikitnya- menolong agamaNya. Menolong membebaskan Al-Quds.

Sungguh mudah menjeritkan slogan-slogan, Bir ruh, bid dam, nafdika ya Aqsha. Bir ruh bid dam, nafdika ya Gaza!

Namun sungguh sulit memelihara kesatuan antara seruan lisan dengan seruan hati.

Cara Allah Mengingatkan
Aku berusaha mengingatkan diriku selalu. Namun Allah selalu punya cara terbaik untuk mengingatkan aku.

Pagi ini aku ke bilik mandi untuk membersihkan diri seadanya - kerana tak mungkin mandi di tempat dengan air terhad di sini, walau betapa rimas dan busuknya tubuhku.

Masuk sahaja ke salah satu bilik, ternyata tandas kecil yang dioperasikan dengan sistem vakum seperti dalam pesawat itu dalam keadaan menjijikkan kerana ada dua potongan kuning coklat menyumbat lubangnya! Apa yang harus kulakukan? Aku sedar, masih ada satu bilik dengan tandas lain yang berfungsi, namun kalau kulakukan itu, alangkah tak bertanggung-jawabnya aku? Kalau aku mengajar kanak-kanak bahawa apa pun yang kita lakukan untuk membantu mereka yang fi sabilillah akan dihitung sebagai amal fi sabilillah, maka bukankah sekarang waktunya aku melaksanakan apa yang sering kuceramahkan?

Entah berapa kali kutekan tombol ‘flush’, namun tidak berhasil. Kotoran itu terus melekat dan tersangkut di situ. Kukosongkan sebuah bekas sampah dan kuisi dengan air sebanyak mungkin –perbuatan yang sebenarnya dilarang kerana semua peserta konvoi sudah diingatkan untuk menjimatkan air– lalu kusiramkan ke lubang tandas.

Masih melekat.
Kucuba lagi menyiram.
Masih melekat.
Tidak ada cara lain. Aku harus menggunakan tanganku sendiri.
Kubungkus tanganku dengan beg plastik. Kupicit sekali lagi tombol ‘flush’. Sambil sedikit menunduk dan menahan nafas, kudorong tangan kiriku ke lubang toilet.
Blus!
Kotoran melekat itu pun hilang disedut entah kemana.

Lebih dari 10 minit kemudian kupakai tandas tersebut untuk membersihkan diriku sebaik mungkin sebelum kembali ke ruang wanita, namun tetap sahaja aku merasakan tidak bersih. Bukan di badan, mungkin, tapi di fikiranku, di jiwaku.

Ada peringatan Allah di dalam kejadian tadi -agar aku merendah hati, agar aku ingat bahawa sehebat dan sepenting apa pun tampaknya tugas dan pekerjaanku, bila kulakukan tanpa keikhlasan, maka tak ada ertinya atau bahkan lebih hina daripada perbuatan menolak kotoran yang melekat tadi.

Allahumaj'alni minat tawwabiin

Allahumaj'alni minal mutatahirin

Allahumaj'alni min ibadikassalihin



29 Mei 2010, 10.20 malam.

Santi Soekanto


Terjemahan: Mohd Ferdaus Mohd Tahar


*Seorang suri rumah dan wartawan yang ikut serta dalam konvoi Freedom Flotilla to Gaza, Mei 2010. Email ini adalah emel terakhir beliau sebelum ditahan oleh Israel. Dilaporkan beliau masih ditahan oleh Israel.

~kita hanyalah hamba~

Friday, August 27, 2010

RedhaNya



“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..

Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.


Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apakan tajuk artikel ini perlu diposting. Tetapi, melihat kepada kondisi yang sedang berlaku khasnya kepada mereka yang berstatus ‘aktivis dakwah’ atau ‘orang persatuan’ , maka saya beranikan diri menulisnya. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, mudah-mudahan artikel ini bisa mengetuk kepala dan hati kita bersama yang ‘degil’ dan tak faham-faham.

Cinta : Antara Fitrah & Nafsu.

Orang yang menolak cinta adalah orang yang sedang sakit. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia. Jika haiwan yang tidak beraqal itu pun dikurniakan perasaan cinta, maka mana mungkin manusia yang diberi aqal, agama, roh dan nafsu ini tidak diberikan nikmat cinta. Isunya sekarang, bagaimana cinta itu dilaksanakan agar bertepatan dengan kehendak Allah ? Kita bukan haiwan yang bisa membuang najisnya sesuka hati tanpa mengira tempat.

Maka, begitulah cinta tidak boleh sesuka hati dicampak atau diguna semahu mungkin tanpa aturan yang sihat.

Sejarah telah menunjukkan betapa agungnya cinta antara Nabi dan para sahabat, antara Ansar dan Muhajirin, antara nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya. Semuanya atas keperluan dan ikatan ‘aqidah Islamiyyah.

Inilah orang yang bercinta…

Seorang lelaki sudah tentu mencari perempuan dan perempuan sudah tentu mencari lelaki. Jika selain itu yang dicarinya, sohih orang itu sedang tenat dalam dunia yang terbalik. Namun, dalam pencarian ini, Allah menetapkan kaedah, cara atau system yang sangat baik walaupun mungkin ianya bertentangan dengan nafsu yang sering memberontak dan membangkang.

Apabila perasaan perlu kepada ‘si dia’ itu hadir, maka kita akan melihat seorang yang layu bertukar menjadi gagah, yang penakut menjadi pemberani, yang bakhil akan menjadi pemurah, yang bodoh Nampak semakin pintar, yang gagap berbicara menjadi lincah dan fasih menyusun kata, yang buruk menulis menjadi hebat menulis..itulah situasi orang yang sedang dilanda badai ‘saling memerlukan’…akhirnya, muncullah dorongan perasaan untuk tampil super dihadapan sahabat dan teman..

Saat sudah kemaruk itu, yang buruk nampak baik..yang busuk tercium wangi..yang nista terdengar mulia. Jika ada yang berani menyebut ‘si dia’ itu begitu dan begini, maka kita sanggup menjadi pemidato hebat mempertahankan ‘orang itu’. “anta mana tahu, ana dah lama kenal dia tau! “..

Yang terjadinya begini kan…

Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung ditengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga ditengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “inilah cinta abadi antara kita berdua”..ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara.. Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada kekhawatiran yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu kondisi..”sihat ke hari nih?”..emmm

Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..

Kita sering kata cinta kerana Allah. Buktinya saling masihat menasihati dalam kesolihan. Tetapi tanpa ikatan apapun, kita memberi perhatian khusus pada sebuah nama. Tidakkah kita terfikir bahawa yang harus dicintai kerana Allah banyak jumlahnya? Tidak hanya dia seorang. Pengkhususan adalah pemfokusan jaring pesona yang berbahaya.

Saling memberi nasihat dan tazkirah satu sama lain, saling memberi hadiah buku penyucian hati, kaset nasyid dan murattal..tetapi ternyata merosak hati..bukan itu yang kita inginkan..

Ketika mula hati terdetik ingin bercinta, maka pandangan pertama seringkali berhulukan kesolihan, kemuliaan akhlak dan kesamaan visi dalam dakwah. Biasa dengar ucapan ni kan…

Biasanya bila sudah berhubung, maka timbullah perasaan keinginan untuk saling memberi perhatian, sekadar memahami atau bahkan berusaha memberikan protect agar si dia sentiasa dalam kesolihan..ehem..

Kadang-kadang sampai ada yang berpesan: “ukhti, tolong tengokkan dia ya, dijaga, diperhatikan dan dinasihati agar tetap istiqmah dijalan dakwah..

Jujurlah! Ini cinta atau nafsu???

Bentuk hubungan yang lepas dari nilai-nilai syar’ie, tidak pernah ada cinta. Yang ada hanya nafsu dan zina dengan segala topeng yang mungkin sulit dikenali kecuali orang yang berhati jernih yang siap menerima kebenaran..

Ketika solat kita kerana dia dan bukan Dia. Ketika tahajud kita kerana takut besok ditanya oleh dia. Ternyata puasa sunat kita pun kerana dia juga. Kita jadi pemberani dan jagoan pun kerana dia dekat dengan kita. Kita jadi rajin belajar kerana dia. Astaghfirullah..kalau semua kerana dia dan untuk si dia, yang kita simpan untuk bekal akhirat apa?

Cinta yang bersih…

Islam memposisikan segala sesuatu dalam posisinya yang pas dan mententeramkan. Kita tidak menemui perintah bahkan terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan meRahibkan (ahli ibadah) diri.

Cinta kita tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahiah bahkan menjadi pembangun kebersamaan dalam kesolihan.

Sebuah solusi bagi cinta dan syahwat adalah pernikahan. Iaitu sebuah ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang menjadikan apa yang sebelumnya dosa sebagai pahala.

Jika kemampun memang belum hadir, maka keinginan dan niat suci tetap harus ada. Jika tidak, maka kita mungkin termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal:

“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya ! “

Kata Dr.Ali Akbar “apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..tangan anda..

Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???,

Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bedanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan.

Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati sisi-sisi indah dalam hubungan dua insan. Benar-benar pengecut!

Kita mencicipi manisnya tebu cinta yang belum sah untuk dirasai dan tak bisa menanamnya kembali untuk masa depan yang terbentang didepan kita.

Kata Ust Anis Matta: “ selama pacaran, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyebunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan..”

Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi ‘proses penopengan’ diri.

Kita beza waktu di dekat dengannya, namun beda pula bila berada sendiri dirumah. Ini lah yang bahaya untuk perkembangan keperibadian kita.

Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda gantungkan padanya. Ketergantungan itu merbahaya!

“terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berpacaran dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya?

Ust Fauzil ‘Adhim: “ cara untuk belajar menjadi isteri yang baik hanyalah dari suami. Cara untuk menjadi suami yang baik hanyalah melalui isteri. Tidak bisa melalui PACARAN ! Pacaran hanya mengajarkan bagaimana menjadi pacaran terbaik, bukan suami atau isteri terbaik..”

Pacaran sudah merasai bumbu (penyedap) yang seharusnya mereka gunakan untuk menyedapkan kehidupan rumahtangga. Saling mencurahkan, berbagi, meredakan kegelisahan, memberi perhatian…semua sudah..pandangan kasih nan sayu, kerapatan fizikal, sandaran, singgungan, sentuhan mesra….semua sudah buat. Apa lagi nikmat yang ada yang perlu disyukuri selepas pernikahan?

Kalau anda menikah dan pernah pacaran, anda akan membandingkan pacaran dengan pernikahan. Dan pasti pacaran itu lebih indah kerana pacaran memang mencari yang indah-indah sahaja. Apa lagi yang ada?

Ketika pacaran, anda hanya melihat kebaikan sahaja pada si dia. Maka bila berkahwin, anda akan membuat perbandingan antara isteri anda dengan pacaran anda dulu sebab anda pernah melihat sifat baiknya sahaja.

Cinta tidak lagi menjadi energy yang mendorong produktivitas amal dunia-akhirat, tapi menjadi beban yang memberati jiwa untuk bebas berbakti.

Mudahnya kita bisa mengatakan bahawa kita mencintai dia kerana Allah semata. Betapa ringan kita menulis “uhibbuki fillah ya ukhti”…ukhti..aku mencintaimu kerana Allah..ukhti…

Bandingkan jika engkau mengucapkan cintamu sekarang (belum masanya), tetapi Allah tidak mengkehendaki dirimu dengannya, bukankah hanya sakit yang kau rasa?

Engkau meyakini sepenuh hati bahawa Allah pasti jodohkan dia dengan engkau, lalu bukannya meminta yang terbaik dalam istikharahmu, tetapi benar-benar ‘menyuruh’ Allah. Pokoknya, mesti dia Ya Allah..pokoknya harus dia..! maka engkau meminta dengan ‘paksa’, lalu Allah bagi juga pada mu. Maka yakinkah kamu Allah memberikan dengan kelembutana atau melemparnya dengan kemarahan kerana niat yang terkotori. Maka siaplah untuk menggigit jari!

Cinta yang sihat mendidikkan kecerdasan, kematangan emosi, ketenangan hati dan kedewasaan berfikir. Ia mengajarkan kesabaran menahan syahwat, atau membingkainya dalam ikatan suci yang diredhoi Allah.insyaAllah.

Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.

Sekecil manapun pelanggaran itu, ia tetap menjadi identitas keberdosaan.

Muhasabah

Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?

Anda telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Anda telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu , jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Anda telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang anda mahu sampaikan pada teman hidup anda itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah anda habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa? Fikirkanlah….

Solusinya?

Ucaplah terima kasih kepada penulis buku ini, Salim A.Fillah kerana dia telah menyediakan surat free untuk kita yang sedang duduk dalam penyakit ini. Bacalah dan gunakanlah..bisa dicopy sih..gratis aja..

……………………………………………………………………………..

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…

Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.

Akhi,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.

Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.

Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.

Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.

Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.

Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.

Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setelah surat ini anda tulis, maka jika si dia masih memohon kesempatan untuk memperbaiki hubungan buat kali kedua, percayalah itu kata-kata syaitan “ beri aku kesempatan untuk sekali lagi menjerumuskan kalian berdua ke lembah nista..please…”

Ok, boleh copy surat ni ya…:) kalau muslimin yang tulis kepada muslimat, tukar je jadi ‘ukhti’.

Catatan: Tulisan ini saya manfaatkan dari buku ‘Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan’ karangan Salim A.Fillah seorang aktivis muda dalam gerakan dakwah di Indonesia. Tajuknya mungkin agak ‘mengada-ngada’ sedikit, namun isinya sarat dengan motivasi berharga, peringatan Al-Qur’an, Hadith, kata-kata sahabat dan ulama’. Ianya disampaikan bersesuaian dengan reality yang berlaku kepada para anak-anak muda dakwah. Sedikit ayat-ayat dalam artikel ini hasil bikinan saya yang saya selitkan…mohon maaf kerana tidak menyusunnya dengan baik. Ambillah point-point penting didalamnya.

Yakinlah, Islam memberi yang terbaik untuk kita dalam menghadapi ‘fitrah’ ini agar dipenghujungnya ada keberkatan.

dipetik dari
http://www.ataphijau.com/2009/03/02/kisah-cintan-cintan-atap-hijau/#more-369

~kita hanyalah hamba~

Tuesday, August 24, 2010

Manis Bicara

"Ataukah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya Kami mendengar dan utusan-utusan Kami selalu mencatat di sisi mereka"
(43:80)

Dan Allah Maha Mendengar setiap bicara kita walau di hati! Yuk jaga bicara! Berusahalah agar butir-butir yg keluar dari mulut kita terjaga dan sesuai dengan syariah Allah, bukan syariat nafsu. Gunakan nikmat yang ada dengan sebaiknya sebelum ditarik kembali. Bersama kita perbaiki bicara!

~kita hanyalah hamba~

Thursday, August 19, 2010

Better?

Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang. Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah engkau himpunkan diriku bersama orang ini."
Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku."

Tercengang deh! Kita sememangnya harus membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.
Seringkali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaliknya kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya memberi kesan yang lebih bermakna dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.

Kita tidak boleh berasa lebih baik daripadanya, apalagi menghinanya sebab kita tidak tahu akhir kehidupan kita dan akhir kehidupannya. Tidak mustahil orang itu akan bertaubat sebelum matinya lalu mendapat husn al-hatimah. Dan tidak mustahil kita akan berubah sebelum mati lalu terjerumus dalam dosa yang dilakukannya itu, nauzubillah.

Dalam hadith daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (Riwayat al-Tirmizi no. 2693).
Sebenarnya berasa diri lebih baik daripada orang lain ialah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata yang berguna untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat. Jika tidak segera diubati, penyakit hati ini akan membawa kita kepada pelbagai kerugian dan kerosakan yang lebih berat daripada yang diakibatkan dosa-dosa zahir.

Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam Fath al-Bari 11/401 bahawa Hafs bin Humaid bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak: "Aku melihat seseorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahwa diriku lebih baik daripadanya?"
Ibn al-Mubarak berkata: "Perasaan ini lebih berat daripada dosa orang itu."

Tiada manusia yang sempurna. Kadang memang kita silap melangkah. Tanpa sedar atau dengan sedar. Namun sampai bila kita mahu menjadikan ketidaksedaran itu sebagai tiket untuk kita terus melakukan kesilapan?

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."(3:133).

"Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."(3:135).

Faghfirli zunubi ya Rabb!!! Innaka Tawwabur Rahim...
~kita hanyalah hamba~

Monday, August 9, 2010

Because He is a Muslim

click the title above...
bersama renung-renungkan...
di mana kita?
who should be blamed?

~kita hanyalah hamba~

Friday, August 6, 2010

Always Be There

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar

Album : thank you ALLAH
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com
_____________________________________________________________________________________

lagu yang sangat besh n meaningfulness...re loikeit!
~kita hanyalah hamba~

Friday, July 23, 2010

CIKIN

Satu pagi senin, umah re didatangi oleh seekor anak kucing yg mengeow2. Cari mak die kot. Kiut sangat. Kaler oren. Gebu. Bersih tp comot cket. Ntah dari mane la die dtg. Mase re mula2 dtg dekat die, die agak takut. Tapi las2 dapat jugak tangkap. Masa tu mak tgh siap2 nk g keje. Mak suruh bg air minum kt die. Die minum sikit. Pastu mengeow lg. Sangat kesian.

Gaul nasi dengan ikan (menu yg biase kitorg bg kat cat2 yg dtg). Die makan sikit. Pastu mengeow lg. Dah lame ckit, baru die senyap. Tido kt ceruk tepi sofa. Bila bgn mengeow. Bila nampak ade org baru die diam cket. Lepas tu makan minum ckit, then tido balik.

Petang tu die ikut re ke bhgn belakang rumah. Kt belakang rumah tu byk stray cats. Bukak je pintu pagar belakang, die terus terkam kt salah seekor kucing dewasa. Dengan sangat excited. Dia egt tu mak die. T_T. Skali kena marah dgn kuceng besaq tu. Kesian.

Re bg la name cat ni cikin. Cam kiut je. Cam sesuai ngn die. Hari demi hari rutin die same. tp die x xtv mcm kucing lain. Selera die pun x bagus. Makan sgt cket. Dan semakin sikit. Sakit rindu agaknye. Memang anak x buleh hidup tanpa kaseh ibu.

Hari kames tu mak ajak bwk cikin pgi jmpa vet. Timbang berat die memangla x cukup. Cek mulut die kot2 ad ap2 abnormalities yg menyebabkan die x nak makan. Punyala vet tu nganga kan mulut die habis2. Menjerit2 die (mengeow kesakitan la mksudnye tu). Sampai naik abes bulu die. N abes tgn nurse yg pegang die kene cakar. Tp ok je mulut die. No abnormalities. Vet bg die makan supplement (macam tuna spread..tp mmg special utk cat) utk naikkan selera dia. Nurse tu xdela bg satu tin terus. Die amek sesudu letak kt mangkuk. Masa mula2 dia hidu2 dulu makanan tu. Lepas tu terus makan dgn seleranya. Tp, x abes sesudu, die dh berhenti. Nurse ckp biasanya kucing sgt suka makanan ni n mesti abes. Pastu dr bg die ubat cacing, antibiotik n ubat selesema. Kiut. Kucing pun dpt ubat. Owh, x lupa jugak supplement td satu tin.

Keesokannya, hari jumaat re pegi penang utk 3hr. Mak g keje cm biase. Adek p skolah. Jdnye xdela sape2 yg observe cikin 24hrs. Hari sabtu tu, call adek. Adek ckp cikin jalan2 jatuh dlm longkang. Basah. Siannye. Patutla hilang. Rupenye ade dalam longkang. Mak mandikan die.

Ahad tu, ade kenduri kt kg. So ari sabtu malam lg mak ayah n adek dh balik kg. re balik dr penang terus ke kg. Mula2 mak nk bwk cikin. Tp sbb malam tu die tdo kt ceruk mane x jumpa. Pastu. Tinggal la die sorg2. Mak letak air minum n makanan.

Malam isnin tu, lepas abes kenduri n kemas2 umah tok cket2 kitorg terus balik rumah. Smpai je rumah, nampak cikin terbaring je. Panggil2 die x menyahut pun. Biasanya bising. Ni suare pun dh xde. Risau. Engatnye die dh xde. Tp bdn cikin masih lembik. Means blm kaku. Las2 buat refleks sentuhan kt mate die. Nasib baek positif. Tahulah yg die masih hidup. First sekali bg die minum air. Byk jugak die minum. Pastu buat susu. Mase2 cm ni mesti die xkan makan makanan pepejal dh. Seriusly die sgt teruk xde energy. Nk bgn pun x larat. Terbaring je. Tp lepas bg susu tu segar ckit. Boleh la jalan dekat2 walaupon terhuyung hayang.

Huu.. Pagi senin pun die maseh begitu. Terbaring je. Kat mane re letak die, kat ctu jelah die duduk. Mmg x larat berjalan. Kalau pndah tempat pun. Dekat je. Kesian.

Malam tu, re bwk die masuk rumah. Sambil jalan2 kt internet, bg die susu. Dia minum skit. N mcm marah x nk minum susu tu. Tp re pakse die jugak. Nnt xde energy lgsg. Pastu, die pun tido. Re letak je atas meja kt seblah laptop. 2 jam berlalu. Dia bgn tuka2 posisi tdo. Dah die jg tu, re bg die susu lg. Tp kali ni die x leh nak telan pon. N die mengeow. Dah x boleh tdo. Semakin x selesa dgn posisi die. Sekejap senyap, sekejap mengeow. Tercungap2. Bulu kembang. Belai2 die. Tp x mereliefkan ap2. Rupa die nmpak yg die tgh tahan sakit.

Takut. Itulah pertama kali re nampak makhluk yg sedang nazak. Sblm ni dgr cerita je. X pernah menyaksikan org yg pernah hadapi sakaratul maut.Tp, x tahu nk describe saat tu mcmne. Cuma, reaksi yg cikin tunjukkan tu, nampak sgt sakit. Bulu dia naik. Mcm mase vet cek mulut die. Mengeow dgn kuat, walaupun dh 2 hari die x pernah ckit pun bersuara.

Dan itu cikin. Dia tu hanyalah seekor kucing. Anak kucing. Yg x pernah ada dosa. Sbb haiwan x pernah melanggar sunnatullah yg ditetapkan utk dia. Allah dah tetapkan utk die mengeow, x pernah die melawan sunnatullah dengan cuba mengembek pulak. Dan, re tengok, saat sakaratul maut die amat perit. Amat payah.

Dan kita bagaimana?
Adakah perlakuan kita hari ini benar2 sejajar dgn sunnatullah yg telah ditetapkan buat kita? Adakah benar2 telah kita tegakkan amar makruf nahi mungkar dalam diri kita?
Dan pernahkah kita terfikir, bagaimana saat sakaratul maut kita nnt?
Kalau anak kucing yg tidak berakal itu pun payah menghadapinya...bagaimana pula kita?Yg dikurniakan akal?dan mumaiyiz?

Allahumma khtim 'alaina bihusnil khatimah...
Wala takhtim 'alaina bisu il khatima...
Rabbana atina fid dunya hasanah...
Wafil aakhirati hasanah....
Waqina 'azab an-naar...
Ameen...

Sekadar peringatan utk diri re sendiri dan perkongsian...moga bermanfaat...insyaAllah...





~kita hanyalah hamba~

Friday, May 28, 2010

.::sirat al mustaqim::.

Ikh
tilat

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.


Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti
Yahoo Messenger, Facebook, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep
SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk
menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Saya bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi
tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika belajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?


3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda. Tidak bermakna anda jika anda berurusan di tempat terbuka, anda tidak memerlukan peneman. Banyak mata yang melihat, banyak fitnah yang timbul.

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Mungkin ada yang beranggapan bahawa cara Islam meletakkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sangat extreme. Terpulang kepada anggapan dan pandangan masing-masing, kerana sesungguhnya bukankah adalah lebih baik jika kita meminimalkan risiko dari terjatuh ke lembah ikhtilat? Menurut two tails hypothesis, semakin longgar batas pergaulan yang kita tetapkan, maka semakin meningkatlah risiko utk kita jatu ke lembah ikhtilat.

Wallahua'lam. Moga mendapat yang terbaik. =). Ihdinas sirothol mustaqim ya Rahim.


~kita hanyalah hamba~

''Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(61:2-3)