Sekolah dan peperiksaan. Tentunya semua orang melewati musim-musim peperiksaan di sekolah. Bermula dari ujian bulanan, ujian pertengahan tahun, ujian akhir tahun sehinggalah peperiksaan besar yang melibatkan semua pelajar seluruh negara (Malaysia) seperti UPSR, PMR dan SPM. Antara sedar ataupun tidak, sudah menjadi 'adat kebiasaan' masyarakat kita mengadakan bacaan Surah Yassin sebelum anak-anak mereka menduduki peperiksaan terutama UPSR, PMR dan SPM. Keluarga ana juga tidak terkecuali. Boleh dikatakan, setiap kali ada diantara kami adik beradik yang akan menduduki peperiksaan besar, ayah dan mak akan menjemput ahli qaryah surau untuk membaca Yaasin. Begitu juga semasa di Taayah dulu, setiap hari Yaasin akan dibaca diantara waktu Maghrib dan Isyak.
Beberapa hari yang lalu, ketika kami masih dalam musim peperiksaan pertengahan semester, ana telah mendapat mesej dari seorang sahabat.
"Salam. Nape kita baca Yassin untuk periksa ek?ke soalan sy ni jahil sgt?"
Agak terpaku membaca mesej tersebut. Selama ni, tidak pernah terlintas di benak fikiran sendiri walau sepicing pun. Tetapi,cukup puas dengan hanya meyakini bahawa sebagai hati Al-Quran, Surah Yassin yang dibaca akan menjadi berkat sebagai penerang hati bagi mereka yang membacanya, seperti yang dikatakan 'masyarakat'-(guru-guru, orang tua-tua, dll). Namun dari sumber yang sahih? Al-Quran dan Sunnah? Langsung tak pernah mencuba untuk mencari sendiri dalil apakah yang boleh disandarkan.
Tiba-tiba timbul rasa bersalah di dalam hati. Bertubi-tubi soalan timbul. Adakah selama ini amalan yang dilakukan hanyalah sebagai 'ikut-ikutan' semata-mata? Hanya bersandarkan dengan adat masyarakat melayu? Mungkin juga bid'ah. Na'uzubillah.Terasa betapa jahilnya diri ini. Malu kepada yang bertanya. Beramal tanpa berilmu. Tidak tahu jawapan apa yang paling sesuai diberikan. Mungkinkah "Soalan tu x jahil. Tp, sy yg jahil" ?.
'Dari 'Athok bin Abi Rabah r.a.h berkata: Telah sampai kepadaku, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhkan".
(Hadith riwayat Darimi)
Alhamdulillah. Akhirnya 'menang' juga dalam pencarian. Terjumpa juga dengan apa yang dicari-cari. Membetulkan pegangan. Digenggam erat-erat.
Secara akal, memang tidak salah untuk mengamalkan bacaan Yaasin sebagai penerang hati, kerana sesungguhnya kalamullah itu adalah nur bagi kehidupan kita di dunia.
Daripada Abu Zar r.a.h berkata: Aku telah berkata, "Wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya." Rasulullah s.a.w bersabda, " Bertakwalah kepada Allah kerana takwa adalah asas bagi segala amalan." Saya berkata lagi, "Tambahkan untuk saya." Baginda s.a.w bersabda, " Ambil beratlah untuk membaca Al-Quran kerana Al-Quran adalah nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu di langit (pada hari kiamat)."

(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)
Namun begitu, kalau dengan hanya meletakkan harapan untuk berjaya, memasang cita tanpa daya, kononnya berkat Yaasin pembawa cahaya, bersiaplah kita untuk lemas di dalam paya yang digali sendiri.
' Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjagaya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. '

(Ar-Ra'd, 13:11)
Allah sendiri telah berfirman di dalam Furqan, bahawa sesuatu kaum itu tidak akan dapat menambah apa yang ada pada diri mereka sekiranya mereka sendiri yang tidak berusaha menambahkannya.Yang pipih tak akan datang melayang. Yang bulat pun tak pernah datang bergolek. Semuanya akan datang setelah dilayangkan dan apabila digolekkan.
Oleh itu, jika ada diantara kita yang hanya bersandarkan kepada 'berkat Yaasin' untuk berjaya, anda sememangnya dan semestinya telah silap besar. Jika difikirkan secara logik, dengan menggunakan akal manusia yang waras sebagai sebaik-baik penciptaan (95:4), tak mungkinlah sesorang itu mampu untuk menjawab soalan 1+1 tanpa dia pernah mengenal nombor '1' dan fungsi bagi simbol '+', namun hanya bergantung kepada 'berkat Yaasin' sahaja. isk, lawak, lawak.
Mungkin juga kita terlupa, mungkin juga terkeliru bahawa Yaasin itu hanyalah sebagai perantara. Jangan pernah kita menganggap dan bertekad bahawa dengan membaca Yaasin dan dengan usaha yang dilakukanlah yang telah menyebabkan kita berjaya. Namun, sandarkanlah segala sesuatu itu hanya kepada Allah.
'Demikianlah karunia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki; dan Allah memiliki karunia yang besar'.

(Al-Jumu'ah, 62:4)
Lastly but not least, apa yang boleh disimpulkan atau dirangkumkan atau direflekskan disini ('moralitas'nya) ialah:
- Sandarkanlah segala sesuatu itu hanya kepada yang Maha Qadir.
- Janganlah kita beramal hanya sebagai ikut-ikutan sahaja.
- Untuk berjaya, kita harus berusaha sehabis daya, lalu bertawakkal (berdoa, baca Yaasin) dengan tekad semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah.
Wallahu a'lam.
~kita hanyalah hamba~
ehmmm
ReplyDeletemaksudnyer....
if kter baca yasin...
aper y patut kter niat???
sy memg xpnh baca yasin KHUSUS utk peristiwa ttentu
spt xm,
n so on
coz slame ni pon...
just baca jer,
bkn xpcy @ x amik kesah gn "berkat yasin" tu
tp bg sy...
nk xm..@ x xm
y pnting kte kna slalu INGT ALLAH
so...aper2 y sy buat xkira xm atau x...
same jer
bg sy, xkn mase xm jer br nk cr ALLAH...beria2...
mase lain..x..
mcm JAHAt jer camtu
huhu
ntahla ..ni pndpt sy
n psl ngaji..
sy bace jer ayt2 quran tanpa khususkan ayat mane y kna bc byk...
slhke aper y sy rase??
n perlu ke kter melebihkan surah yasin dr surah lain???
salam ziarah balas...
ReplyDeletesyukran lawat blog,
salam mujahadah dr ana
To hamBa ALLAH:
ReplyDeleteAna setuju dgn apa yg saudari katakan...memang yang penting kita kena selalu ingat Allah, (Ar-Ra'd:28) kerana dengan mengingati Allah la kita akan sentiasa tenang. sebenarnya ana pun kurang ilmu tentang hal ini. Namun, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,
'Dari 'Athok bin Abi Rabah r.a.h berkata: Telah sampai kepadaku, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhkan".
(Hadith riwayat Darimi)
Apa yang nak diterangkan di sini ialah Yaasin itu hanyalah sebagai perantara untuk kita mencapai hajat kita. Namun segalanya haruslah dikembalikan kepada Allah. =).
Setiap kalamullah yang diturunkan mempunyai kelebihan yg tersendiri. Untuk mendapat kelebihan yang sempurna, seharusnya juga kita membaca setiap ayat dalam Al-Quran itu secara sempurna. Tanpa memilih. Tanpa melebihkan. Jika kita memilih atau melebihkan maka apa yang kita dapat juga tak seimbang. Bukankah merugikan?
-wallahu a'lam
baikLah
ReplyDeleteteriMa kasih al-kautsar.....
heeHee
teruSkan berBloging...
insyAAllah....
sesi agaMa di cni
akan mendapat "bagian di Akhirat"
amin.....