Tuesday, March 23, 2010

Biar lambat asalkan mantap?


Kualitikah yang kita mahu? Atau kuantiti yang kita korbankan demi menjustifikasikan longlai dan lemah amal kita? Kadangkala kita melihat amal agak dakwah lemah. Di suatu tempat hanya ada beberapa kerat mad'u dengan da'I yang melambak-lambak. Di banyak tempat pula da'Inya lebih ramai dari mad'u. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Kerap kali bila di tanya:
Kenapa tak agresifkan dakwah?
Kenapa tak lajukan?
Kenapa tak bertambah tambah?

Jawapan standard dan biasa ialah: kita perlukan kualiti, bukannya kuantiti. Tak bacakah buku muntalaq, `fokus bukan meramaikan'? Yang penting kita membina orang yang bermutu, bukannya ramai…

Retorik dan kaedahnya betul. Tapi banyak yang perlu dihalusi. Dakwah, gerakan jahiliyyah, penggunaan masa dan fikiran kita, pen'takwinan' mad'u dll.

Adakah betul kita telah kehabisan tenaga demi untuk membina dan mentakwin orang yang telah menyerahkan diri untuk di tarbiyyah? Atau kita kehabisan stamina kerana kurang bergerak, sehingga kita tidak mampu bergerak lebih dari membawa satu group halaqah mingguan? Kerana kita terlalu ramaikah sehingga anak-anak mutarabbi kita tidak terjaga?

Jika mutarabbi kita telah mantap kita bina, kenapa mereka tidak mampu untuk membina anak-anak mutarabbi baru? Bagaimana nilai mutu mutarabbi kita jika mereka hanya berlegar di dalam bilangan yang sama selepas bertahun.

Jahiliyyah tidak pernah diam. Mereka bergerak siang dan malam. TV, radio, majalah, internet bergerak mencari `mad'u' baru mereka. Ini tidak lagi di kira penjual syabu dan wanita di tepian jalan. Mereka mendapat ratusan pelanggan baru pada setiap hari… Sedangkan kita masih ber'heppi' dengan angka satu grup usrah seminggu. Malah, kadangnya bolong..

Bila kelihatan ada orang yang agak laju bergerak, agresif kerja mentajmik dan men'takwin', kita kemungkinan juga memberi justifikasi untuk diri sendiri : buat apa laju-laju dan ramai, tapi tak tahan lama dan tak bermutu! Tapi apakah manusia yang kita bina tahan lama dan bermutu? apa ukuran laju dan lambat? Jika kita berjalan kaki, memang kita katakan kepada orang berbasikal itu laju. Tapi yang berbasikal sebenarnya masih lambat di bandingkan dengan yang berkereta atau ber'jet'. Jadi siapa yang merasai orang lain itu terlalu laju sebenarnya patut meneliti apa bandingan yang di pakainya. Jangan si pejalan kaki mengatakan yang berbasikal itu terlalu laju, sedangkan si berbasikal sebenarnya masih lambat dan slow berbanding jahiliyyah sekarang yang ber'jet' dan ber'roket'.



MOGA SLOWNYA KITA TIDAK MENJADI ALASAN UNTUK MARAH KEPADA SI LEBIH LAJU SEDIKIT DARI KITA YANG JUGA SEBENARNYA MASIH SLOW BERBANDING TUNTUTAN SEBENAR REALITI PERTARUNGAN SEMASA.


untuk Kita kepada KiTA...Jazakillah...


~kita hanyalah hamba~

No comments:

Post a Comment