...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu untukmu (Ya Muhammad) [1]
Dan Kami telah menghilangkan bebanmu daripadamu [2]
Yang memberatkan belakangmu [3]
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu [4]
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan datang kemudahan [5]
Sesungguhnya bersama kesulitan itu datang kemudahan [6]
Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), bekerja keraslah [7]
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya engkau berharap [8]
(Al-Insyirah, 94:1-8)

Mari kita tadabbur sikit ayat-ayat Allah yang diturunkan di Mekah ni. Pendek. Tapi impaknya sangatlah besar jika kita betul2x menghayatinya. InsyaAllah. =)
Kalau merujuk kepada Tafsir Al-Wadhih, karangan Dr Muhammad Mahmud Hijazi, ayat ni diturunkan kala Rasulullah S.A.W pernah merasa gusar dan bimbang kerana orang-orang Musyrik Mekah yang membuat pelbagai ancaman dan tuduhan terhadap Baginda. Perkara ni ada diceritakan dalam Surah Al-Hijr ayat 95-98:
Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu daripada kejahatan orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu. (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya). Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah di kalangan orang yang sujud. (Al-Hijr: 95-98)
Rasulullah sangat tabah menghadapi semua tohmahan dan cemuhan. Terang-terangan Baginda ditentang. Namun, baginda tetap meneruskan penyampaian risalah-Nya. CEKAL.
Kita? (terutama diri yang menulis ni...). Byk sangat assumption yg dibuat. Nanti dia kata itu, nanti dia kata ini. Akhir sekali, kosong. Tiada hasil. Ilmu yang ada disimpan seorang diri. Islam tetap begitu. Tetap disitu. Tiada perkembangan. Tiada perubahan. Alahainya sayangnya. Na'uzubillah.
Allah yang menciptakan kita. Dia Maha Mengetahui, bahawa hambaNya akan gusar dengan ancaman yang mendatang. Oleh itu, Dia hadirkan masalah bersama solusi. Apakah caranya? Jadilah kita orang yang banyak bersujud, orang yang bertasbih memuji Tuhannya, nescaya hati kita akan tenang insyaAllah. Kerja kita akan dipermudahkan. insyaAllah.
Walaupun kebanyakan surah di 'address'kan kepada Nabi Muhammad, perlu kita ingat bahawa ayat-ayat Al-Quran ini juga sebenarnya ditujukan kepada kita kerana inilah manual guidance yang Allah turunkan untuk kita.
"Inilah Al-Quran suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, yang menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang bertakwa" (3:138)
Berbalik kita kepada Surah Al-Insyirah, dalam ayat kelima, Allah sendiri telah memberitahu kita bahawa dalam setiap kesulitan itu nescaya ada kemudahan. Dua kali Allah ulang. Berturut-turut. So, apa jua cabaran dan halangan yang kita hadapi, pasti ada yang kemudahan yang menyusul. PASTI tau, sebab inilah JANJINYA dengan syarat hanya kepadaNYA lah kita berharap.
Moga Allah kurniakan Nasyrah kepada kita.. Ameen.. =)

~kita hanyalah hamba~
No comments:
Post a Comment