Monday, February 23, 2009

"..mudah je la.."

Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:

“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga).


Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.


Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan.


Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?”


Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?


Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.”


Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”


[H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa'i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]


Mudah je kan??? Bila lagi?? Practice makes perfect. =)


~kita hanyalah hamba~

4 comments:

  1. salam cik nana.. wah baru update ya? saya yang comel ini datang untuk melawat cik nana. hehe :p

    bagus entry baru ni. mari hargai masa yang tersisa dengan zikir! berzikirlah selagi termampu!!

    mabruk..

    ReplyDelete
  2. siapekah yang comel itu???
    hehe...

    yela cik tini comel..=p..
    selagi ade mase ni...marilah kita membasahkan lidah kita dengan menyebut nama-Nya.. moga dikurniakan rahmat dan kasihNya..=)

    ReplyDelete
  3. erk..
    prasan tul tini comel..
    i lagi comey taw..
    jom berzikir..
    even kene mrh ngan dosen pown zikir..
    nk mkn pown zikir..
    mudah2an diberkati oleh ALLAH..
    percy x klu zikir diri akn jd comel??
    erk...no komen..
    muhasabh diri..

    ReplyDelete
  4. Uhuh..
    Alhamdulillah sebenarnye semua kurniaan n ciptaan Allah comel2x kan? ngak ada cacat celanya...=)

    ReplyDelete