Monday, February 9, 2009

"..ko pegilah usrah tu..x yah stadi!!"

Alhamdulillah. Semalam ana baru ada kesempatan untuk log in YM (yahoo messenger). Disebabkan sudah lama tidak log in, maka berlambaklah offline message yang ditinggalkan. Salah satunya adalah dari Ajee, salah seorang dari mutarabbi yang ana bawa. Message yang ditinggalkan bertarikh 3 Februari 2009. Kira-kira 6 hari yang lepas. Sedangkan kami baru sahaja bersua muka kira-kira 2 hari yang lalu. Timbul rasa bersalah di dalam hati kerana seolah-olah tidak mempedulikan messagenya. Ana langsung tidak menyinggung tentang apa yang diperkatakannya dalam pertemuan kami yang lepas. Afwan ya adik... k na bukan tidak mahu mempedulikan..tapi tak mengetahui..

MENGADU

Ajee telah melahirkan rasa sedihnya. Hati mana yang tak sedih apabila teman sendiri mengungkapkan kata yang mengguris rasa. "..ko pegilah usrah tu..x yah stadi!!". Sudahlah dirinya baru berjinak-jinak mendekati alam usrah, terkena pula kritikan teman sendiri. Sedih kerana diperlekehkan dan sedih kerana teman sendiri tidak mengerti. Terasa seperti berada di alam yang berbeza. Seorang di kiri dan seorang lagi di kanan. Tiada titik pertemuan yang dapat menyatukan mereka. Bersabarlah Ajee. Memang apabila kita telah berada di atas jalan mustaqim ini, banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempuhi. Allah juga berfirman, "Apakah kamu mengakui diri kamu beriman, sedang kamu tidak diuji?".





























TIDAK MEMAHAMI

Masih ramai yang tidak mengerti dan tidak memahami tujuan dan matlamat sebenar usrah itu diwujudkan. Masih ramai yang memandang usrah adalah tempat untuk orang-orang islamic berkumpul dan pekerjaan mereka hanyalah sia-sia. Konon-konon nak tunjuk alim. Sebenarnya merekalah orang-orang yang masih jahil. Yang memisahkan agama dari kehidupan, yang tidak memahami hakikat deen yang sebenar. Kalau semua muslim faham, kalau semua muslim mengerti, tidak wujud istilah islamic.

Usrah ini adalah kesinambungan daripada perjuangan yang dimulakan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Pentingnya kita berada di dalam usrah adalah supaya hati-hati umat Islam bersatu, membentuk satu jemaah. Apabila kita bersatu dalam jemaah, umat Islam pasti akan menjadi kuat, pasti akan digeruni dan pasti akan dihormati. Tidak akan wujud krisis seperti di Palestin sekarang, di mana umat Islam dilayan seperti haiwan, malah lebih teruk lagi.

KEGEMILANGAN ISLAM

Jika kita soroti kembali sejarah lampau, telah terbukti bahawa Islam sebenarnya sangat berkuasa. Kita pernah meguasai 2/3 dunia. Satu jajahan takluk yang sangat luas. Hampir semua tunduk dan patuh terhadap kerajaan Islam pada ketika itu. Hidup dalam keaadaan aman damai berpandukan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.























Namun begitu, semuanya hanya seketika. Apabila manusia mula alpa dan leka dengan nikmat dunia, keadaan mulai kucar kacir. Dalam diam, musuh mula mengatur strategi menakluk satu demi satu wilayah Islam. Tanpa kita sedar, empayar Islam yang terbina luas sejak berabad yang lalu telah musnah. Tiada lagi pemimpin yang namanya Khalifah. Hilang sudah sistem khalifah yang menyatukan seluruh umat Islam. Umat Islam telah dipisahkan oleh sempadan negara masing-masing, terpecah-pecah oleh semangat kebangsaan yang dimomok-momokkan oleh barat.

BANGKIT SEMULA

Justeru, sistem usrah yang diperkenalkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini seharusnya menjadi titik tolak bagi uamat Islam untuk bangkit dan bangun semula. Jangan biarkan lagi umat Islam dipijak-pijak dan diperkotak-katikkan bagai boneka oleh musuh. Memang bukan mudah untuk kita bangunkan kembali empayar Islam. Tapi itu bukanlah sesuatu yang mustahil!

Ada tujuh tahapan anak tangga yang perlu kita daki untuk merealisasikannya. Semuanya harus bermula dari tahapan yang paling bawah. Jarang sekali kita mendengar yang seseorang itu boleh membaca Al-Quran tanpa dia mengenal huruf alif ba ta terlebih dahulu. Begitulah juga keadaannya sekarang. Setiap tahapan di bawah harus dilalui sebelum kita sampai ke peringkat yang paling atas.

  1. Individu muslim
  2. Baitul muslim (keluarga muslim)
  3. Masyarakat muslim
  4. Kerajaan muslim
  5. Negara muslim
  6. Empayar muslim
  7. Ustaziyatul A'lam
USRAH: LANGKAH UTAMA

Langkah pertama kita ialah untuk mewujudkan individu muslim. Bukan muslim hanya pada nama, tetapi yang paling penting adalah kehidupannya. Peranan melahirkan individu muslim ini banyak sekali dipengaruhi oleh sistem usrah. Di sinilah para ikhwah mengikat hati-hati mereka, bersatu, bantu-membantu memperbaiki diri masing-masing untuk mecapai 10 muwassafat penting yang harus ada dalam setiap individu muslim iaitu:

  1. Saliimul 'Aqidah (Aqidah yang sejahtera)
  2. Shahiihul 'Ibadah (Ibadah yang betul)
  3. Matiinul Khuluq (Akhlaq yang mantap)
  4. Qaadirun 'Alal Kasbi (Mampu berdikari)
  5. Mutsaqqaful Fikri (Luas pegetahuan)
  6. Qawiyyul Jismi (Tubuh yang kuat)
  7. Mujaahidun Linafsihi (Bermujahadah)
  8. Munazhzhom fi Syu'unihi (Berdisiplin)
  9. Harishun 'Ala Waqthihi (Menjaga masa)
  10. Nafi'un Li Ghoirihi (Bermanfaat)
Individu muslim boleh dianalogikan seperti konkrit yang menjadi asas suatu bangunan. Jika kukuh konkritnya, insyaAllah pasti akan kuat dan teguhlah bangunan yang terbina. Dan akhirnya akan terbentuklah Ustaziyatul A'lam yang memakmurkan bumi ini. Ameen.

Jom join usrah!!!



~kita hanyalah hamba~

6 comments:

  1. salam..

    huuu..subhanallah, sedey akk kalau jd azee..
    mana tak nya, baru nak berjinak dah orang mengata..sabar azee(macamla die baca eh?!=P)..

    insyaA tu sume ujian Allah nak menguatkan hati azee pada jalan Allah..supaya apabila dia berhadapan dengan perkara yang lebih besar nnt xdalah die shock n hilang arah..

    insyA nana, chaiyok! jadilah telinga dimana mereka dapat bersuara, n jadilah hati mereka, dimana mereka dapat meluahkan apa yg terpendam, n jadilah mata dimana mereka dapat mencari jalan keluar..insyA

    ReplyDelete
  2. Yup!!! Bersatu kita teguh..bercerai kita roboh..yg berat sama dipikul..yg ringan dijinjing sama.. Kuatkanlah hati2x kami ini ya ALLAH..

    ReplyDelete
  3. salam...
    hmmm
    manusia zmn skunk memg dah memisahkan agama dari khidupan
    tp bg sahabat kter tu..ajee
    bsabarlah
    y penting ALLAH bsama ajee
    kuatkan hati..
    bckp soal memisahkan agama n kehidupan ni...
    sy pon camtu gak
    mlh sy slalu doa..
    YA ALLAH,KAU berilah hidayah kpdku
    dan bler sahabat2 ajak pegi aktiviti agama...
    sy rase belum masanya ikut
    yer lar
    coz dlm otak n hati ni..
    "xpe lar..xyah g r.. ALLAH x bg hidayah agi"
    KOnonnye nk tunggu Allah bg hidayah
    mcm lar hidayah turun dr lanGIt "BEDEBOKKK..."amboi3
    jahilnya sy..
    tp sy lupe..
    n xsdr
    spatutnya sy y perlu mdekati Allah
    bkn mengharapkan DIA mendekati kter
    SDGkn kter ni HAMBANya
    masyaAllah
    teruknya pemikiran sy dlu

    ReplyDelete
  4. sabar ya kak..
    mungkin ini satu dugaan untuk menguatkan iman kita..
    mudah2an sahabat akak mengerti suatu hari nanti..
    jom eratkan ukhwah sesama kita..

    ReplyDelete
  5. to anonymous...
    lupakan apa yang dah lepas...
    yang penting sekarang kita dah sedar yang kita pernah silap...n berusahalah untuk menjadi yang lebih baik..sbb kita tak tahu bila akan dijemput olehNya...
    mungkin esok...mungkin lusa...wallahua'lam...

    to qamarunnajmi...
    yup!!jom teguhkan IMAN!!
    =)

    ReplyDelete
  6. yup
    betoi2 tu al - kautsar
    y pasti hanya KEMATIAN
    kter xpasti akn hal lain
    jodoh..rezeki ,kebahagiaan atau kesengsaraan
    tp kter tau
    KEMATIAN itu pasti
    n y patut kter kejar
    adalah keMAtian
    bukan bermakNA kter perlu kejar utk mati
    tp beramal n hidup di dunia ini
    Utk penghUjung n Kepastian...yaitu KEMATIAN
    sbb dgN menginGati Mati..brlah iBADAt n amLn kter benAR2 ikhlAS kARENa ALLAH
    tp maslhnYEr
    kter serinG terlupa
    n LEKa dgN DUnia
    y bg kter menyERonokKan
    masYAAllah.............

    ReplyDelete